Pastikan Anda Ada 10 perkara ini Jika anda mahu kucing anda gembira tinggal di rumah
Takut nak lepaskan kucing anda merayau di luar rumah? Takut hilang bila keluar rumah atau terkena penyakit dari kucing jalanan? Perasaan begini pastinya ada pasti setiap empunya kucing. Jadi mereka ini mengambil keputusan tidak mahu membiarkan kucing-kucing mereka lepas keluar dari rumah. Mereka lebih senang melihat kucing mereka sentiasa terkawal dan duduk di dalam rumah. Hmm..bagaimana pula perasaan kucing anda? Jangan ingat kucing juga tiada perasaan tau! Mereka juga ada perasaan stress dan bosan bila selalu di kurung apatah lagi jika tidak di beri layanan dan tiada pasangan atau kawan-kawan. Jadi kita sebagai tuan yang bertanggungjawab haruslah memikirkan kebajikan dan perasaan si meow tersayang juga. Jadi bila anda mahu kucing anda menjadi "kucing rumah" haruslah sediakan perkara-perkara di bawah supaya si manja and happy dan ceria sepanjang masa!..:)
Kucing adalah haiwan yang sensitif dan penuh dengan kasih sayang. Tidak hairanlah kita selalu memanggil mereka dengan gelaran 'si manja'. Kucing yang tinggal di dalam rumah cenderung untuk cepat merasa bosan dan akhirnya boleh memberi tekanan kepada mereka. Jangan ambil mudah ye soal stress ni. Jika kucing anda stress, mereka akan menjadi murung, kurus dan bulu mereka akan mudah gugur. Mereka akan menjadi lebih pasif dan kerap tidur. Berbanding dengan kucing-kucing yang tinggal di luar rumah kerana mereka lebih bebas dan 'wilayah' mereka lebih luas. Oleh itu, pastikan kita memberi lebih perhatian kepada mereka dan belajar untuk memahami bahasa tubuh mereka.
#2. RUMAH
ATAU BILIK YANG MEMPUNYAI PEMANDANGAN LUAR
Kucing rumah selalunya suka duduk melihat pemandangan luar terutamanya melihat burung-burung dan alam sekitar. Ini adalah cara yang baik untuk merangsang kucing anda dan melegakan kebosanan. Letakkan katil ayunan (wall mounted bed for cat) dengan lekapan kukuh di cermin kaca dan saya pasti kucing anda akan menyukainya!
#3. CATNIP
Salah satu cara melepaskan kebosanan dan stress untuk si kucing rumah anda adalah dengan memberikan 'catnip'. Ia membangkitkan keseronokan kepada kucing anda dan ia pastinya tidak membahayakan. Anda mungkin boleh mencari daun galak kucing tetapi agak sukar mendapatkannya jadi pilihan terbaik adalah memberi catnip. Saya juga sering memberi catnip kepada kucing saya dan saya cadangkan anda beri jenis ini.
#4. PETGRASS
Rumput untuk kucing atau Petgrass adalah satu keperluan bagi kucing anda memandangkan mereka adalah kucing rumah. Rumput ini baik untuk sistem penghadaman mereka dan boleh menjadi agen untuk mengeluarkan hair ball.
#5. PENCAKAR
KUKU (SCRATHING POST)
Untuk memastikan kuku mereka dalam keadaan baik, kucing selalunya akan mencakar tempat-tempat kesat agar dapat mengasah kuku mereka. Jadi adalah perlu menyediakan tempat pencakar kuku yang sesuai untuk si comel anda. Jika tidak siaplah sofa atau perabut anda jadi mangsa! Anda banyak jenis pencakar kuku yang baik di pasaran. Ada yang di perbuat dari kadbod atau jenis sisal rope. Lihat juga kesesuaian saiz dengan kucing anda.
#6. MAINAN
UNTUK KUCING
Kita selalu salah sangka bila melihat kucing kita hanya makan tidur saja sedangkan kita tidak pernah memberi apa-apa mainan untuk mereka bermain. Kita harus merangsang mereka dengan permainan-permainan yang "betul" dan sesuai dengan mereka. Cuba balingkan kertas, bola-bola, tikus mainan kepada kucing anda dan lihat reaksi mereka. Jangan kecewa bila lihat kucing anda tidak bermain malah tidak menyentuhpun mainan tersebut, anda sebagai tuan mereka harus merangsang dan bermain dengan mereka. Jika kucing anda berminat dengan permainan yang anda berikan tinggalkan saja di lantai dan biarkan mereka bermain dengan bebas. Salah satu tips, belikan mereka mainan yang telah di salutkan/diisikan dengan catnip. Kucing anda akan lebih teruja. Saya sendiri memberi kucing bermain tikus berisi catnip dan hasilnya sampai menyembur-nyembur air liur mereka kegembiraan...haha!!..Mainan yang berunsurkan catnip boleh anda lihat di sini.
#7. RUANG
PRIVASI/TEMPAT SANTAI/TIDUR YANG SELESA
Kucing amat suka tempat-tempat yang selesa sesuai untuk jadi tempat lepak mereka ataupun tidur. Jadi, sebagai seekor kucing rumah kita harus menyediakan ruang privasi untuk mereka bersantai atau tidur. Ruang privasi ini perlu agar kucing dan di beri ruang untuk bersendirian dan melepaskan tekanan mereka. Tidak terkecuali juga sebagai tempat berlindung dari sebarang ketakutan seperti bunyi guruh dan petir. Jadi tidak salah jika anda menyediakan tempat tidur yang empuk buat mereka atau apa saja malahan kotak janji mereka selesa untuk duduk di ruang tersebut.
#8. CAT TREE
Jika anda berkemampuan dan ada rezeki lebih bolehlah sediakan cat tree untuk si comel anda. Mungkin harganya agak mahal tetapi ada juga cat tree yang harganya berpatutan. Tips memilih cat tree, pastikan saiz cat tree yang anda pilih bersesuaian dengan saiz kucing anda. Jika kucing anda kucing dewasa dan berbadan besar, carilah yang kukuh supaya tidak bergoyang jika di panjat oleh kucing anda. Di samping itu pilih cat tree yang juga dilengkapi bola mainan atau ruang untuk mereka menyorok/sembunyi. Itu satu bonus untuk kucing anda juga. Hmmm.. anda minat bertukang dan punya kemahiran bertukang?..apa lagi DIY lah cat tree untuk kucing anda. Jom tengok contoh DIY buat cat tree sendiri di sini. Memang agak susah tapi berbaloi dengan hasilnya.
#9. KEBERSIHAN
TANDAS KUCING DAN PENJAGAAN DIRI KUCING
Kucing sebenarnya adalah
haiwan yang pandai menjaga kebersihan diri. Lebih-lebih lagi kucing rumah yang telah di ajar untuk kencing dan berak sendiri. Mereka lebih sensitif dengan kebersihan. Kucing saya sendiri tidak akan memijak pasir yang basah kerana tahu pasir itu telah kotor dan perlu di ganti. Jadi adalah satu kemestian untuk menyediakan bekas litter box yang baik untuk mereka dan juga mudah di bersihkan oleh kita. Pastikan pasir kucing di gantikan secara rutin untuk memastikan kebersihan terjaga dan bebas dari sebarang bau dan penyakit. Anda juga boleh menggunakan odor remover untuk menyahkan bau busuk di dalam rumah anda. Sentiasa meneliti keadaan kucing anda jika mereka terkena jangkitan penyakit atau kutu kucing. Satu tips, gunakan apple cider vinegar untuk menghilangkan kutu di telinga dan badan mereka. Masukkan apple cider vinegar ke dalam spray bottle dan semburkan ke badan mereka. Juga masukkan sedikit apple cider vinegar ke dalam minuman kucing anda sebagai salah satu perlindungan dari sebarang penyakit.
#10. JAGA
PERUT KUCING ANDA
Kenyang perut suka hati! Wweeee..Hmm..apa lagi yang paling buat mereka happy kalau kita pandai jaga makan minum mereka. Sentiasa beri makanan yang baik dan sihat untuk kucing anda. Di sarankan beri makanan yang bernutrisi tinggi sesuai dengan keperluan kucing anda. Pastikan bekalan air mencukupi untuk si manja anda. Untuk lebih buat mereka lebih seronok minum air, hadiahkan mereka pet fountain. Sekarang pun sudah anda makanan-makanan bentuk palet untuk kucing-kucing yang berpenyakit seperti batu karang. Kucing saya sendiri mempunyai masalah batu karang dan saya memberi makanan khas sesuai untuknya.
Semoga bermanfaat!. Terima kasih kerana membaca posting ini..:)
Sumber foto : Ehsan Google
Sumber foto : Ehsan Google
Leave a Comment