KITAB INJIL BERUSIA 1,500 TAHUN YANG MENGANDUNGI RAMALAN NABI ISA A.S MENGENAI NABI MUHAMMAD SAW


Senaskah kitab Injil berusia lebih 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa a.s mengenai kedatangan Nabi Muhammad S.A.W ditemui dan dipamerkan di Muzium Etnografi Ankara, Turki.

Dalam Injil itu mengesahkan bahawa Jesus (Nabi Isa as) tidak disalib, sebaliknya ia diangkat ke syurga. Yang disalib ialah Judas.

Versi Injil itu juga menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah rasul utusan Tuhan bukannya anak Tuhan dan turut menjelaskan bahawa 700 tahun kemudian, akan datang seorang utusan Allah iaitu Nabi Muhammad saw.

Dalam ajaran Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukannya Tuhan. Jadi ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Mengikut sumber, kitab Injil tersebut ditemui oleh pihak berkuasa Turki ketika operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 yang mana ketika itu terdapat kumpulan samseng yang menyeludup pelbagai artifak purba.

Kitab Injil itu ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik, dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay  seperti yang dilaporkan Daily Mail menyatakan bahawa kitab itu boleh jadi versi Injil asli yang ditindas oleh pihak Gereja Kristian bagi mengelakkan persamaan dengan pandangan Islam.

Bagaimanapun, Pope Benedict XVI diikatakan mahu melihat sendiri kitab tersebut kerana ramai yang beranggapan ianya adalah Injil Barnabas yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki 12 tahun yang lalu.

Tetapi pihak Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa.

Sumber : ismaweb.net
Dikuasakan oleh Blogger.