10 Orang Yang Mempunyai IQ Paling Tinggi Dalam Sejarah.
Bila kita memikirkan Iq tertinggi atau manusia genius pasti kita membayangkan Albert Einstein atau Stephen Hawking. Rupanya ramai lagi individu yang jauh lebih genius dari mereka. Berikut adalah senarai 10 individu yang mendapat skor IQ tertinggi dalam sejarah yang pernah direkodkan.
#1 William James Sidis IQ 250 – 300
Skor IQ sebanyak 250 - 300 telah meletakkan William James Sidis sebagai manusia yang mempunyai skor IQ yang tertinggi dunia. Dilahirkan pada tahun 1898, beliau memasuki Harvard pada usia 11 tahun untuk belajar matematik. Menjadikan beliau orang yang paling muda yang pernah berdaftar di universiti berprestij itu.
#2 Terence Tao – IQ 225-230
Terence Tao adalah seorang pakar matematik di Australia. Dilahirkan di Hong Kong dan mengikut ibu bapanya berhijrah ke Australia. Tao khusus dalam kajian analisis harmonik, kombinatorik tambahan, dan lain-lain bidang matematik. Beliau adalah penerima bersama Pingat Fields pada tahun 2006, anugerah yang meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam matematik kepada penerima di bawah umur 40 tahun. Beliau mengajar di Universiti California di Los Angeles.
#3 Christopher Hirata – IQ 225
Christopher Hirata memulakan gelombang kemasyurannya seawal berusia 13 tahun di mana dia telah memenangi pingat emas termuda "International Physics Olympiad " pada tahun 1996. Beliau mendaftar di California Institute of Technology pada 14, dan berjaya memperolehi PhD daripada Princeton pada usia 22. Beliau kemudian kembali ke California Institute of Technology untuk mengajar astrofizik hingga ke hari ini.
#4 Kim Ung-Yong – IQ 210
Dilahirkan di Korea Selatan pada tahun 1963, Ung -Yong mula bertutur pada usia 6 bulan dan mula membaca Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman , Bahasa Korea dan Bahasa Jepun seawal usia 3 tahun. Selepas kehebatannya dan kepintarannya menjadi mahsyur beliau mendapat tawaran belajar dan bekerja untuk NASA. Beliau mendapat tempat yang terbaik dan kukuh di sana. Namun beliau tidak gembira dengan NASA dan memilih untuk berhenti dan menjadi guru biasa di Korea Selatan. Agak luar biasa bagi seorang yang genius seperti beliau memilih hidup sebagai orang biasa dan meninggalkan dunia kemahsyurannya di NASA.
#5 Garry Kasparov – IQ 194
Garry Kasparov adalah seorang pemain chess professional bertaraf dunia dan pemain chess terbaik sepanjang zaman. Beliau berasal dari Rusia dan berkhidmat di Lembaga Yayasan Hak Asasi Manusia.
#6 Marilyn Vos Savant – IQ 190
Marilyn Vos Savant dilahirkan pada tahun 1946. Beliau mula dikenali pada tahun 1980an selepas disenaraikan dalam Guiness Book of World Records di bawah ' IQ Tertinggi ' pada tahun itu. Beliau kemudiannya menjadi penulis yang terkenal dengan kolum beliau ' Tanya Marilyn ' , di mana orang menghantar soalan-soalan mereka untuk meminta nasihat. Beliau masih aktif menjawab dan menulis kolumnya sehingga hari ini.
#7 Leonardo da Vinci – IQ 180-190
Seperti Einstein, kita tidak boleh memberi angka yang tepat untuk mewakili IQ da Vinci pada zamannya. Walau bagaimanapun, pakar-pakar telah secara retroaktif menyimpulkan bahawa IQ da Vinci adalah yang paling mungkin dalam lingkungan 180 hingga 190 yang menjadikannya antara IQ tertinggi yang pernah wujud. Leonardo adalah polymath terkenal pertama ( pakar dalam pelbagai bidang ). Dia adalah seorang pakar dalam lukisan, patung, muzik, matematik, kejuruteraan, geologi, kartografi, dan merupakan seorang penulis yang mengagumkan.
#8 Judit Polgar – IQ 170
Chess adalah permainan yang dikaitkan dengan kehebatan intelektual. Judit Polgar telah digambarkan sebagai pemain catur wanita terhebat sepanjang zaman , dan mencapai pangkat Grandmaster pada usia 15 tahun dan 4 bulan, pemain termuda untuk berbuat demikian pada masa itu. Beliau merupakan perintis untuk wanita dalam permainan catur, dan merupakan wanita pertama mengalahkan pemain nombor satu dunia dalam permainan kompetitif dengan menewaskan Gary Kasparov. Dia kekal di litar catur kompetitif hingga ke hari ini.
#9 Albert Einstein – IQ 160-190
Skor IQ sebenar Albert Einstein tidak pernah diketahui dengan tepat kerana pada zamannya tidak ada ujian IQ yang diambil namun pakar-pakar bersetuju meletakkan skornya di antara 160-190.
Beliau adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori". Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan. -- wiki
#10 Stephen Hawking – IQ 160
Stephen Hawking paling dikenali kerana kehadiran beliau dalam bidang sains popular, terutama bukunya A Brief History of Time, yang diterbitkan pada tahun 1988, yang mengambarkan penemuan beliau dalam bidang fizik teori - termasuk dan pandangan beliau di dalam ' Teori Big Bang '. Bukunya itu telah terjual lebih dari 10 juta naskah di seluruh dunia. Stephan Hawking membawa kontroversi dan membawa kemarahan ramai ahli agama apabila beliau menulis bahwa Tuhan tidak ada kena mengena dalam penciptaan alam semesta.
sumber gambar : google image
Leave a Comment