Video dan Lirik Lagu | Derita Cinta oleh Jamal Abdillah


Derita Cinta oleh Jamal Abdillah

Biarkan gelora melanda hati
Biarkan tangisan merintih
Begitulah pedihnya
Jiwa oh kasih

Kiranya panas yang kuharapkan
Tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup
Insan bercinta

Dulu aku pernah menderita
Bila hatiku kau lukakan
Oh... oh... kini kau pula merasakan
Bersama dia yang kau puja

Padaku usah kau merayu lagi
Hatiku telah dimilikki
Cukuplah yang kurasa duka
Derita cinta




Sometimes Love Hurts.

Aku kenal dia di suatu majlis keramaian. 4 tahun lamanya kami bercinta. Biarpun dia bercinta dengan aku, dia terlalu taksub dengan abang angkat dia, supervisor di tempat kerjanya. Tiap-tiap minggu dia mesti nak pergi berjumpa dengan abang angkatnya tu. Aku sporting jadi aku biarkan aje walaupun kadang-kadang aku frust juga bila dia asyik melebihkan agenda dia dengan abang angkatnya dari agenda bersama aku. Tapi aku fikir tak pe lah, dia pilih aku. kalau dia nak sangat dengan abang angkatnya dah lama dia bersama abang angkatnya , buat apa dia pilih aku, kan?

Awek aku ni lawa orangnya. Setiap kali dia upload gambar selfie yang dia uploadkan dari iphonenya, berpuluh-puluh like yang dia dapat. Semua memuji wajah baby face nya yang natural tu tapi dia pilih aku. Aku layan semua kehendak dia, dia awek yang baik, takde pulak dia minta yang bukan-bukan, semuanya benda-benda biasa yang aku mampu untuk tunaikan.

Satu hari tu aku ajak dia bertunang, dia kata nanti dulu, dia belum ready katanya. Tapi aku tengok dia dah makin lain. Dia makin kerap berjumpa dengan abang angkatnya. Pernah beberapa kali dia keluar daerah kerana urusan kerja katanya. Dia kata dia pergi seorang atau dengan kawan wanita sepejabatnya. Aku percaya je bulat-bulat. Aku bukan lelaki yang jealous type. 

Satu hari tu aku terima panggilan telefon dari seorang wanita. Dia ajak aku berjumpa. Urgent katanya. Aku pun pergilah berjumpa wanita tu di sebuah cafe di KLCC. Anggun gila perempuan tu, walaupun usia dia lebih tua dari aku...wajah dia dan penampilannya cukup menarik. Aku perhati je wanita yang memakai tudung shawl berwarna hijau itu dengan penuh rasa tanda tanya. Kenapa dia nak jumpa aku. Aku pelik!!

" Awak ni boyfriend, Wanda, kan?" Soalnya dan aku mengiyakan. Dia kata dia nak minta tolong dengan aku. Dia ceritakan segala-galanya tentang Wanda, girlfriend aku tu. Terkejut aku, tak sangka banyak benda yang aku tak tahu tentang kekasih yang dah 4 tahun bersama dengan aku. Adakah aku terlalu membiarkan, adakah kerana aku terlalu percaya sampai aku jadi acuh tak acuh dengan segala tingkah laku dia.

Wanita itu rupanya adalah isteri kepada abang angkat yang amat disanjungi oleh kekasih aku selama ini. Katanya dah bertahun Wanda cuba menghancurkan rumah tangganya. Dulu suaminya memang ada hubungan dengan Wanda semasa di Universiti tetapi hubungan mereka putus di tengah jalan. Selama ni dia boleh bersabar katanya tapi akhir-akhir ini Wanda dah semakin melampau hingga dia mengikut ke mana-mana saja suaminya ditugaskan hingga suaminya meminta dia untuk pergi bersama setiap kali ditugaskan ke luar daerah. Situasi itu membuatkan hidupnya menjadi sukar kerana dia terpaksa mengurus anak-anaknya ke sekolah dan sebagainya. jadi dia meminta tolong aku supaya percepatkan perkahwinan supaya Wanda berhenti dari kegilaannya.

Ah gila....girlfriend aku stalker? psycho? .... Aku tak mahu cepat melatah. Aku phone dia ajak berjumpa. Aku cuba coolkan diri, bertanya dengan dia secara gentle tentang cerita-cerita yang aku dengar tadi. Tiba-tiba dia menjerit dan menangis teresak-esak. Bila dah kurang tangisannya aku bertanya dia elok-elok...dia betul-betul cintakan aku atau tidak. Nak tak dia hidup bersama aku, sebagai isteri aku. Dia kata dia sayangkan aku tapi dia tak pernah cintakan aku. Cinta dia hanya untuk abang angkatnya. Aku katakan lelaki itu dah berkahwin. Apa kau harapkan lagi dari suami orang. Dia kata lelaki itu dah menghancurkan hidupnya. hidup dia tak pernah bahagia selagi tak dapat hidup dengan abang angkatnya. Arghhh hancurnya hati aku.

4 tahun bukan masa yang singkat. Dah banyak cinta yang cuba datang dalam hidup aku tolak kerana aku sayangkan dia. Dah banyak godaan yang aku terima dari perempuan-perempuan lain tapi aku tak pernah layan kerana aku boyfriend yang setia. Berbulan aku duduk termenung, kecewa dengan Wanda. Puas aku memikirkan apa solution untuk masalah aku ni, janji aku pada isteri lelaki tu... Wanda pun takde cuba-cuba nak call aku untuk bertanya macamana keadaan aku dan sebagainya. Aku rasa dia tetap dengan aktiviti gilanya mengintip lelaki tu. Sayangnya gadis secomel dia jadi macam tu.

Akhirnya aku buat keputusan untuk move on. Aku bukan lelaki lembik yang lemah. Sebagai lelaki macho yang tak kurang peminat ini aku tak nak lagi duduk di bawah  naungan mimpi ngeri semalam. Kepada mereka-mereka yang terbabit dengan Wanda pandai-pandailah korang handle masalah sendiri. This is not my fxxxxing problem anymore. Wanda dah putuskan hubungan dengan aku bila dia kata dia tidak pernah cintakan aku. 

2 tahun kemudian aku bertemu dengan isteri aku sekarang. Dia tidaklah secomel Wanda tapi seorang isteri yang sangat menyayangi aku. Dia pandai menjaga hati dan sangat memahami. Betullah kata orang, kadang-kadang bila kita kehilangan sesuatu, kita nak dapat benda yang lagi baik. 

Baru-baru ini...Wanda muncul lagi. Dia datang berjumpa aku dengan penampilan yang agak berlainan dari dulu. Kini dia lebih sexy dan semakin kurus aku tengok. Semakin lawa dan cantik. 

"Amir, please come back to me, i miss you a lot..you seorang je yang layan i baik...i need you back. I janji dengan seluruh jiwa dan raga i, i'll treat you better this time."

Aku tanya dia macamana dengan abang angkatnya. dia kata abang angkatnya dah takde dalam hatinya. Sejak dia tahu aku dah berkahwin, dia dah mula sedar aku lelaki yang terbaik dia pernah jumpa.

Huh...jelas dia perempuan psycho. Minta maaflah awek!! I love my wife !!

Takkan aku lepaskan bini aku yang setia dan baik itu untuk awek yang pernah melukakan hati aku. Aku takkan ambil risiko itu. Please cari jantan lain, k? 

Regards, 
Amir Hamidi
Dikuasakan oleh Blogger.