Instagram Jihan pula digodam. Habis 1.1 juta pengikut dan gambar-gambarnya hilang!

http://kongxie.blogspot.com/2016/04/instagram-jihan-pula-digodamhabis-1.html 


Kecoh di media sosial baru-baru ini kes akaun Instagram telah di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Instagram admin kongxie jugak tak terlepas dari digodam beberapa hari lalu. Bila saya log in semua gambar-gambar saya hilang, mesej-mesej dan pengikut saya berkurangan. Rupa-rupanya memang isu ini tengah hot di laman media. Sebelum ini artis Emma Maembong dan Wawa Zainal  juga sudah terkena.

Terbaru artis Jihan Musa pula terkena nasib yang sama apabila Instagram beliau telah di godam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab ini.


http://kongxie.blogspot.com/2016/04/instagram-jihan-pula-digodamhabis-1.html


Pada mulanya beliau telah menerima email untuk tujuan pengesahan akaun Instagramnya untuk mendapatkan bluetick. Setelah beliau mengikut arahan tersebut beliau mendapati gambar-gambar serta 1.1 juta pengikutnya hilang. Malah pihak tidak bertanggungjawab tersebut telah meninggalkan video-video lucah di laman Instargram beliau.

Diharap pengguna-pengguna laman Instagram lebih berhati-hati selepas ini tambahan lagi mereka-mereka yang menggunakan platform ini sebagai punca rezeki.


Sumber : Roti Kaya


Dikuasakan oleh Blogger.