Harga friendship semurah harga sebotol perfume


Tadi aku sajalah usha-usha blog-blog popular. Sajalah nak tengok niche apa yang diaorang tulis sampai dapat follower berpuluh-puluh ribu k. Puan Azie Jaya tak payah nak cakaplah. Aku faham bebenor kenapa. Semua suka resepi kan? Boleh dikatakan hari-hari orang search mencari resepi di Google. Puan Azie Jaya punya blog boleh dikatakan salah satu pelopor blog resepi. Ko search lah apa resepi pun boleh dikatakan semuanya ada di blog tu. Puan Azie sambil-sambil memasak tu becok juga bercerita. Mostly cerita-cerita dia terselit ceramah agamalah, hadis-hadis, cerita-cerita nabi macam-macam ada lah. Mungkin itu yang menjadi daya tarikan blog beliau. ( selain dari resepi yang sedap-sedap belaka)

Aku try lah tengok blog-blog lain yang tip top condition tu. Aku perasan semua suka cerita travel, kisah peribadi, review make up, resepi, off course. Resepi mesti ada haha. Mostly blogger-blogger yang memblog cerita peribadi ni rata-rata macam celebriti, life style diaorang mewah. Tak hairanlah mereka rata-ratanya individu yang telah berjaya. Ada artis, ada pengacara, ada usahawan tahap jutawan. Kebanyakkan mereka pula terpelajar. Ada lawyer, ada degree kebanyakkannya.

Lalu apa topik agak-agaknya untuk blogger baru macam aku boleh success. Bukan success macam diaoranglah, jauh lagi perjalanan tu. Janji ada pengunjung sekali sekala dah cukup untuk menaikkan semangat untuk menulis. Aku pulak introvert aka tertutup. Aku takkan show kisah keluarga atau kisah peribadi untuk tatapan umum. Itu aku. Aku taklah pandang serong pada orang yang secara terang-terang, tanpa selindung kisah hidup mereka. Aku ada kawan ratu facebook, ok? best friend lagi. Dari pagi sampai petang kegiatan dia aku tahu. Apa dia makan sarapan sampai lah ke supper, semua aku tahu. Aku rasa seronok juga baca kisah-kisah diaorang ni, memberi inspirasi kepada orang lain. Cuma what to do, aku pemalu. Banyak photo selfie aku snap tapi berkarat dalam phone oppo aku tu.

Jadi aku lawat dari 1 blog ke 1 blog untuk mencari ilmu, idea dan mencari topik yang aku rasa orang akan suka baca. Dalam pencarian tu terjumpa satu blog yang menceritakan tentang minyak wangi beralkohol boleh dibawa solat. Ulama-ulama sebenarnya berselisih pendapat tentang hukum menggunakan perfume beralkohol dibawa boleh dibawa solat. Namun kebanyakkannya mengatakan BOLEH.

Aku bukan nak kupas isu boleh atau tak boleh perfume beralkohol ni dibawa solat. Aku bukanlah alim ulama, bukan juga orang berilmu untuk bercerita tentang hukum harus, halal atau haramnya di dalam Islam. Kalau korang nak tahu korang google la tentang bab tu. Kalau dah jumpa dan konfiden then gunalah dengan yakin. Kalau tak jauhkan je la. Maksud aku kalau was-was lebih baik tak guna, kan? Bukan mati pun tak guna perfume beralkohol untuk dibawa sembahyang. Percaya gut feeling sendiri. Kalau hati rasa was-was tak payah guna. As easy and as simple as that.

Wow panjangnya entri, aku cuma nak cerita tentang aku, kisah aku dan kegilaan aku pada perfume pada suatu masa dulu. Bila terbaca pasal perfume tu, tiba-tiba aku teringat pulak kisah aku dulu. Dulu aku gila betul dengan perfume berjenama.

Masa aku lepas sekolah aku dah duduk sendiri. Panjang ceritanya kenapa aku tak duduk dengan famili. Kena cerita kat post lain pulak tu. Di sebelah bilik aku tu ada satu awek. Awek tu anak datuk tapi selalu lepak dengan bf dia. Mak bapak dia tak suka blablabla..bf dia tak lord blablabla <--nak ngelak mengumpat. So dia sewa bilik tu untuk tempat nak mengelak dari mak ayah dia. Bolehlah gi clubbing sekali-sekala, katanya. Lama kelamaan aku agak close juga dengan dia. Setiap hari kami bercerita dan keluar bersama.


Nina nama dia. Dia ni perfume fanatik. Hari-hari mesti nak pakai perfume. Dan biasalah anak datuk. Perfume mesti berjenama dan ori, kan. Perfume yang dia selalu guna ialah Calvin Klein Eternity. Aku cukup suka duduk dekat dengan dia. Sebab bau dia sedap semacam. Suatu hari aku ambil keputusan untuk beli CK Eternity perfume for women tu jugak. Puas hati aku. Tak ingat pulak harga dia berapa. Lama dah.  Selepas aku beli kali pertama tu, aku terus jagi gila perfume. Tiap-tiap bulan aku beli perfume baru. Perfume kedua yang aku beli Polo Ralph Lauren yang kaler hijau tu. Sebabnya abang angkat aku guna perfume tu. Sedap betul bau perfume Polo for men tu. Perfume lelakipun aku belasah. Macam-macam aku beli dan try...antara favorite aku ialah beautiful dari Estee Lauder, Treson dari Lancome dan yang paling aku suka dan rebuy banyak-banyak kali ialah Chanel no.5. Perfume Marilyn Monroe tu.


Actually perfume-perfume lain tu aku buat koleksi je akhirnya. Yang aku betul-betul guna akhirnya cuma Chanel-no.5 tu aja, walaupun aku ada beli juga perfume brand Chanel yang lain contohnya, Coco Chanel dan Allure. Rasa seronok dan puas hati nampak botol-botol perfume tu tersusun dekat meja solek. Time tu kalau nak mengorat aku kena beli perfume haha. Kalau perfume tak ori dan takde jenama, jangan harap aku nak layan haha.

Pada suatu hari tu, aku gi shopping dan ternampak perfume brand Yves Saint Laurent, Paris nama perfume tu. Aku test wow..sedap dan sweet bau dia. Macam biasa aku pun belilah. Memang iman cepat tergugat kalau bab perfume. Kalah aku kalah. Bila balik-balik aku perasan yang perfume yang aku beli tu "eau de toilette". Aku suka yang jenis "Eau de parfum". Aku cakaplah dengan Nina, aku tersalah beli. Dia test dan kata dia nak perfume tu...dia suruh aku jual dekat dia dan beli perfume lain tapi dia bayar hujung bulan time gaji, katanya. Dia kata time gaji pergilah ofis dia ambil duit. Masa tu dia dah tak duduk sebelah bilik aku lagi sebab dia dah break off dengan bf dia. Tapi kami masih jumpa dan calling-calling satu sama lain. Kawan rapatlah katakan. Aku kata oklah. Takkanlah dia nak tipu aku, anak datukkan. 2 minggu lagi hujung bulan, aku boleh tunggu.


Sebenarnya aku bukannya loaded sangat. Tiap-tiap bulan gaji aku ngam-ngam je. Ada pulak hobi mengumpul benda mahal macam perfume ori ni. Aduh kadang-kadang miss soru jugak. Tapi aku usahakan juga sebab benda tu boleh beri aku happiness. Kadang-kadang aku kerja part time dekat klinik-klinik area rumah aku, taip invoice etc. Untuk tampung hidup.

Berbalik kepada cerita Nina tadi. Bila dah hujung bulan, aku call dia tanya. Dia kata datanglah ke ofis dah janji, kan? Aku pun pergilah ke ofis dia. Tapi bila aku pergi sana, dia lain sangat. Muka dia masam mencuka. Dia macam nak marah dekat aku. Dia kata nanti dia jumpa aku di bilik sewa aku. Aku fikir dia ada problem dekat ofis kot. Then aku tunggu dan tunggu, dia tak datang.

Seminggu lepas tu aku call. Aku tak fikir benda lain. Aku fikir dia ada masalah. Aku risau kalau ada apa-apa jadi dekat dia. Aku dengar nada dail lepas tu phone terpadam. Aku call dia off , Aku call dia off. Aku terfikir kenapa agaknya. Telefon dia rosak ke. Kerisauan aku sekarang dah bukan pasal perfume. Aku risau dekat dia. Kenapa dan mengapa. Sebulan aku cuba tapi tak dapat contact-contact dia. Message nampak macam ada orang baca tapi tak berbalas. Phone ofis orang lain yang jawab. Memanjangnya budak-budak ofis kata dia takde.

Berbulan juga aku tak jumpa dia selepas tu. Suatu hari aku ternampak dia di sebuah majlis buffet. Aku lambai tangan dan senyum dekat dia, Dia ignore dan buat-buat tak kenal dekat aku. Aku tarik tangan dia dan tanya, dia ok ke? Tiba-tiba dia marah-marah aku kata aku memalukan dia. Call dia banyak-banyak kali mengganggu hidup dia. Macamlah dia tak nak bayar, bapak dia kaya, aku mengumpat dia tak bayar duit blablablala.

Sumpah aku tak tahu apapun. Seingat aku, takde sapapun tahu pasal dia ada hutang perfume dengan aku. Sebab bagi aku bukan big deal pun benda tu sebab aku percaya dekat dia. Nak cerita apa dekat orang lain sebab aku tak fikir apapun. Aku cuma fikir hujung bulan amek duit je. Aku takde niatpun call dia nak minta duit perfume tu. Aku lebih kepada concern sebab sebelum tu semuanya ok. Semua ni terjadi selepas dia ambil perfume harga rm300++ tu. Dia masih ngam dengan kawan-kawan yang lain tapi dia pilih untuk tamatkan persahabatan aku dengan dia macam tu aja. Semenjak tu bila kitaorang terjumpa dia mesti mengelak atau pandang tempat lain.

Oh come on...rm300++ je Nina oi!! Murah nya harga friendship kau. Mula-mula aku sedih sangat. Bukan pasal duit tapi sedih sebab hilang kawan. Aku rindu dia. Aku nak kawan dengan dia lagi. Kalaulah aku tahu kerana sebotol perfume tu persahabatan aku dengan dia boleh putus, kalaulah ada mesin masa, aku pergi balik time aku kata aku tak suka "Eau De Toilette" tu dan guna je. Sama je pun.

Bila dah tua-tua ni aku akhirnya faham. Dari awal mungkin Nina tu bukan nak berkawan dengan aku sangatpun. Mungkin dia tak ikhlas berkawan dengan aku. Atau kata kasarnya dia berkawan dengan aku tapi dia tak suka aku. Sebab kalau kawan yang betul-betul sayangkan kau, dia takkan tinggalkan kau kerana sebab-sebab kecil macam ni. Kawan yang betul akan berterus-terang kalau aku ada kecilkan hati dia etc.

Sedih memang sedih bila orang memilih material over friendship tapi alhamdulillah mungkin Allah nak beri petunjuk. Bukan semua yang rapat dengan kita kawan sejati kita.Allah je yang tahu kenapa dan mengapa sesuatu perkara tu terjadi. Allah nampak apa yang kita tak nampak. Sedih tak sedih kita redha je la. Sedih macam ditinggal kekasih, takde salah takde pesan, Hilang gitu je. Sedih sebab takde sebab dari pihak aku. Dari pihak dia aku tak tahulah. Pasal harga perfume ke atau pasal dia memang tak suka berkawan dengan aku ke. At least kalau dia beritahu terus terang, mungkin hati aku lebih tenang, Cakap je dia takde duit nak bayar atau dia tak nak bayar, aku pasti halalkan aja. Harga persahabatan lebih bernilai untuk aku dari harta benda, Tapi itu aku bagi dia...takpelah aku redha walaupun pedih.

Kalau korang ada kawan yang baik dan sentiasa support dan berada disamping korang semasa senang dan susah, hargailah diaorang. Sebab nak cari seorang insan yang ikhlas nak kawan dengan kita bukan senang. Susah tau nak cari kawan sejati.

Kalau korang mencari perfume untuk di beli online click pada gambar di bawah ni. Cuci-cuci matapun ok. Aku tak pastilah pulak website tu jual ori ke tidak. Tak oripun ok je bau sama cuma tak tahan lama.Macam Chanel No.5 yang aku guna tu melekat bau dia dekat bantal tidur aku sampai 3 hari. Tapi kalau harga bawah rm50 tu dah tentu tak orikan. Ori selalunya harga dia dalam rm150++ ke atas. Beli online ni banyak benefit dia. Salah satunya macam beli hadiah untuk diri sendiri. Bila dia datang dalam bungkusan posmen hantar...macam dapat hadiah, kan? Lagi satu cost effective, jimat duit minyak, duit parking, duit tambang dan lain-lain. Lagi satu bebas dari terpaksa mengadap jam dan susah payah cari parking. Jadi bagi aku beli online lebih seronok. Tunggu je posmen hantar. Korang pulak macamana?




Dikuasakan oleh Blogger.