7 Masker DIY untuk mengurangkan masalah kulit berminyak

Mencari masker yang sesuai untuk kulit berminyak? Mari cuba buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan di dapur. Selain dari bebas dari bahan kimia, ianya jauh lebih selamat dari menggunakan produk yang kita tidak tahu bahan-bahannya.



#1-MASKER DIY LEMON, MADU DAN GULA PERANG


Air lemon berkesan untuk mengurangkan tanda-tanda hitam dan parut jerawat dan mencerahkan kulit wajah secara natural.

Madu bertindak sebagai agen anti bakteria untuk menghalang jerawat, mengecilkan lubang pori-pori.

Gula Perang sangat berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati di permukaan kulit wajah

Perahkan air lemon ke dalam gula perang, campurkan sebati kemudian campurkan madu asli sesudu. cuci muka menggunakan sabun yang lembut dan yang sesuai untuk kulit berminyak. Lapkan wajah anda sehingga kering. Kemudian sapulah bahan-bahan tadi ke wajah anda secara menyeluruh. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilaslah dengan air suam atau air paip.

#2-MASKER DIY PISANG DAN MADU


Pisang memang amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Jika digunakan bersama madu, kulit anda akan menjadi glowing-glowing gitu. Cara-caranya cukup mudah. Ramas pisang ke dalam mangkuk ( macam nak buat cucuq pisang tu :). Campurkan sesudu madu asli ke dalamnya. Madu asli ok? Jangan guna madu tiruan atau madu campuran please. Kemudian lumurkan ke muka. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cucikan wajah anda mengguna tuala suam. Kemudian cuci dengan air sejuk.

#3-MASKER DIY TELUR PUTIH DAN TIMUN


Bahan-bahannya: Sebijik telur, ambil putihnya sahaja, beberapa potong timun, 4,5 helai daun pudina dan 1 sudu teh jus lemon. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Biarkan bahan-bahan yang sudah siap dikisar sebati itu ke dalam peti ais selama 10 minit. Bukan freezer tau! Kemudian sapukan ke muka anda dan biarkan selama 15 minit. Basuhkan wajah selepas itu dengan air suam dan kemudiannya air sejuk untuk hasilkan wajah yang tampak segar menawan.

#4- MASKER DIY PAPAYA UNTUK KULIT BERMINYAK

Ambil sedikit isi betik masak. Ramas-ramaskan hingga hancur. Kemudian tempekkan sahaja ke muka anda selama 10 hingga 15 minit. Kemudian cuci dengan air biasa. 

#5- MASKER DIY EPAL DAN MADU

Ambil sebiji buah epal hijau. Buangkan kulit dan bijinya. Kisar dengan blender hingga hancur. Kemudian campurkan dengan 2 sudu madu asli. Kacau hingga sebati. Lumurkan di muka dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan aie suam.

#6- MASKER DIY STRAWBERI DAN LEMON UNTUK KULIT BERMINYAK

Bahan-bahannya ialah setengah sudu teh air lemon, 1 biji telur ambil putihnya sahaja, 1 sudu teh madu asli dan setengah cawan buah strawberry. 

Kisarkan bahan-bahan sehingga hancur dan sebati. Kemudian sapukan lah di wajah anda dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air.

#7-MASKER DIY BUAH-BUAHAN UNTUK KULIT BERMINYAK

Blender tomato, anggur, orange dan betik hingga hancur. Letakkan di muka selama 20 minit dan kemudain bilas dengan air suam.

Masker-masker ini paling elok digunakan 2 kali seminggu. Amalkan selalu ok? 

Kalau success komen di bawah...kalau tak success pun komen juga :)

Dikuasakan oleh Blogger.