Jikalau aku pergi nanti, tanam saja tak perlu buat kenduri arwah. | Adakah ‘Kenduri Arwah’ itu wajib dibuat?


Selalu aku pesan gitu pada suami aku. Ok ke kalau berpesan gitu. Ok ke kalau pesan tanam saja, tak perlu buat kenduri bagai? Sebabnya aku ni introvert. Aku tak bercampur orang. Aku duduk rumah je, kalau keluarpun ambil anak sekolah atau pergi membeli barang-barang dapur. Bukan aku sombong, bukan aku tak suka bercampur. Aku dah cuba tapi aku perasan aku lain dari suri rumah biasa.

Kadang-kadang aku cuba juga tapi aku selalu terasa bila duduk dikalangan ramai orang. Terasa janggal. Aku ada sejenis penyakit yang diberi nama sosial disorder dan anxiety disorder. Pengalaman membuatkan aku takut nak rapat dengan sesiapa. Kadang-kadang bila kita terlalu frust, kita susah nak percaya dengan orang. Setiap kali aku cuba rapat dengan seseorang mesti ada benda yang jadi dan akhirnya end up aku yang kecewa. Jadi aku jauhkan diri dari orang. Lama-lama benda tu jadi kebiasaan sampai aku takut nak bercampur dengan orang.

Jiran-jiran aku mula-mula cuba juga nak ajak aku join diaorang tapi lama-lama diaorang give up mencuba. Diaorang orang yang sangat normal. Aku yang tak normalnya. Corak pemikiran aku tak sama. Diaorang cerita pasal anak sekolah, aku cerita pasal anak-anak Syria kena bom. Diaorang cerita resepi, aku cerita pasal blog atau facebook app. Jauhnya jurang aku dengan diaorang.

Walaupun aku jenis tak berkunjung ke rumah orang, aku tetap senyum bila terserempak dengan diaorang. At least itu je yang aku berdaya nak buat. Ada yang membalas senyuman aku semula, ada yang masam mencuka, ada yang kalau boleh tak nak langsung tengok muka aku. Jadi aku selalu terfikir, ada ke sapa-sapa nak melawat aku nanti. Aku terfikir tentang dunia, aku benci tengok keadaan dan peraturan dunia sekarang. Aku benci perang, aku benci tengok orang tersiksa, aku sedih tengok orang yang terkena penyakit kronik. Aku benci tengok orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin, aku benci tengok ahli politik tamak kuasa, makan rasuah berleluasa tapi selamat je hidup bahagia di dunia, harga barang naik mencanak, orang-orang bawahan kais pagi makan pagi, orang pertengahan dibelenggu dengan loan dan hutang. Oh realiti dunia. Aku penat tengok berita kekejaman.

Kadang-kadang bila aku rasa aku dah letih dan aku nak tinggalkan dunia ini tapi Allah beri aku 3 budak mongel untuk dijadikan sumber kekuatan. Tapi itulah kita tak dapat lari dari takdir, kan? Aku terfikir ok ke kalau pemergiaan aku nanti dibuat sesimple-simplenya aje.

Aku tengok orang buat kenduri arwah 3 malam berturur-turut, kemudian 100 hari lagi. Kalau kenduri kahwin pula mesti nak buat majlis. Aku kepala sempoi..kahwinpun aku kawin sempoi je..Aku terimanya nikahnya sekian sekian...Sah...kenapa nak complicate sesuatu perkara. Bagi aku permudahkan lagi simple. Otak tak pusing, kepala tak stress...nak tunggu ready bila nak ready nya.

Ok setelah aku cari aku jumpa 1 kisah tentang kenduri arwah...wajib ataupun tidak..let's see how it goes..

Adakah ‘Kenduri Arwah’ itu wajib dibuat? ( sumber mynewsvibes.blogspot.my )

Persoalan saya selama ini terjawab juga akhirnya dalam program Al-Kuliyah petang ini. Saya sering ada rasa tidak berpuas hati apabila ada saja kematian dalam sesebuah keluarga, maka keseluruhan ahli keluarga akan sibuk menyediakan makanan buat tetamu yang hadir. Sedangkan pada masa itu, suasana teramat-amatlah sedih, teramat-amatlah sayu.

Saya teringat waktu kematian arwah ayah saya. Pada waktu itu, kami sekeluarga berada di dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing. Kami kehilangan satu kudrat, tulang belakang kami, yang menyara kehidupan kami.

Saya pula baru saja tiga bulan lebih bekerja dengan gaji yang sangat kecil. Setelah ditolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus sahaja untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji bagi bulan yang seterusnya.

Apabila menerima kematian ayah yang tersayang, hati bagaikan dilanggar garuda. Sedihnya tidak terkata. Ayah meninggal sewaktu saya ada bersama-sama dengannya.

Selesai urusan pengebumian, saya lihat saudara mara sibuk bertanyakan tentang kenduri arwah yang akan dijalankan. Pada masa itu saya rasa sangat terhimpit. Dengan keadaan gaji yang cukup-cukup makan, saya terpaksa mengorek sana sini, berkongsi dengan adik beradik hanya sekadar untuk memenuhi permintaan orang-orang yang lebih dewasa yang mahu kenduri arwah.

Saya biarkan ibu berehat, sebab dia terlalu lemah, sedih dengan pemergian ayah. Jadi, tinggallah saya dengan adik beradik yang lain menguruskan semua itu sambil dibantu oleh saudara mara yang lain.

Pada waktu itu, keadaannya saling tidak tumpah seperti sedang meraikan sebuah kematian sedangkan keluarga kami baru saja kehilangan ayah. Senario ini biasa saya lihat dilakukan oleh orang-orang dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya wajib. Saya sangat keliru pada masa itu.

Mengapa perlu ada hukum sebegini? Sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sangat menyusahkan kami sekeluarga kerana ia menelan belanja yang banyak.

Disebabkan kenduri yang menelan kos tinggi, kami terpaksa menangguhkan dulu hajat nak membeli batu nisan untuk kubur arwah ayah. Bayangkanlah, pada waktu itu batu nisan yang tak sampai RM500 pun kami tak mampu nak belikan sebab banyak wang telah dibelanjakan pada kenduri.

Kami memang susah pada waktu itu kerana selepas ayah jatuh sakit,
pendapatan kami sekeluarga sangat teruk. Kami makan sekadar ada, tiada mewah-mewah. Berlaukkan telur goreng dengan kicap juga sudah cukup bersyukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati dengan hidup susah. Tubuh kami juga pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk dan bantal.

Hanya selepas beberapa bulan, barulah kami mampu membeli batu nisan sebagai tanda kubur arwah ayah, menggantikan dua batang kayu dengan sedikit rimbunan bunga yang abang saya cacakkan sementara menunggu batu nisan di beli.

Namun, apa yang saya dengar dari ceramah Al-Kuliyah, hari ini terjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Menurut ustaz dalam program itu, orang Melayu kita sudah banyak terpesong dengan adat.

“Kita beramal tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya? Masyarakat terjerut sendiri dengan adat ciptaan manusia.

Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpul sahabat dan menyuruh mereka menyediakan makanan untuk keluarga si mati demi meringankan beban keluarga.

Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan?

Cukup saya katakan, keadaan yang kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat yang membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga si mati mengadakan kenduri tahlil untuk arwah tetapi biarlah kena pada masanya iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula masih perlu menyelesaikan semua perkara yang bersangkut paut dengan arwah dan bagi keluarga mempunyai wang yang mencukupi untuk menjamu tetamu yang datang.

Bukanlah seperti sekarang, asal ada sahaja kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut-turut yang menelan belanja yang besar. Seolah-olah jika tiada kenduri, maka keseluruhan ahli keluarga itu dianggap berdosa.

Walaupun sekarang Alhamdulillah saya mampu dengan rezeki yang Allah berikan tetapi saya tidak sesekali menyokong adat yang terpesong dari sunnah itu. Sebab saya dah merasa susahnya ketika itu. Saya tidak mahu orang lain merasa apa yang kami rasa kerana saya tidak kisah jika tidak dihidangkan minuman sekalipun jika pergi melawat orang meninggal.

Beramallah dengan Ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yang pelik, maka berusahalah untuk mencari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari, bukannya datang bergorek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yang bercanggahan, perlu buang terus. Mana yang baik, kita jadikan sebagai contoh dan sebarkan.

Saya berharap agar satu hari nanti ada kesedaran dari golongan yang terlebih dewasa untuk memahami perkara itu. Memang sekarang masih ada lagi adat begitu, tetapi jika lebih ramai yang bersuara tegakkan perkara yang sama, inshaAllah adat yang pelik lagi menyusahkan itu boleh dihapuskan.

Wallahualam...sila beri tunjuk ajar jika saya tersilap
Dikuasakan oleh Blogger.