Resepi Pizza Gunting Super Sedap
Resepi Pizza Gunting Super Sedap Guna Roti...Yummy!
Resepi ini dikongsikan oleh Puan Ummul-alifah Salim yang mengaku Pizza Gunting jualannya ini memang laku keras hari-hari. Baik hati sungguh Puan Ummul kerana tak kedekut resepi dan ilmu. Mari kita explore dan terai buat Pizza Gunting ni. Pasti anak-anak dan bapak anak berteriak keseronokan. Silap-silap dapat ucapan macam ni...Mum...you're the best! Pergh..jom jom tengok resepi.
Bahan-bahannya
Ni resepi utk 1 dulang 10x10"
9 keping roti
3 batang sosej (potong kecil)
100 gm isi daging/ayam (cincang)
1/2 cili benggala (potong dadu)
5 biji telur A
Bawang besar & bwg putih utk menumis
1 sudu besar serbuk kari
Mayonis dan cheddar cheese
Cara membuatnya
Tumis bawang,kemudian masukkan serbuk kari..masuk daging / ayam..bila dah masak,masukkan sosej,.akhir skali lada benggala,tutup api, lada benggala masak kejap je..jangan lupa bubuh garam dengan perasa yer!
Gunting roti macam ni
Pecah telur kat bekas lain,ni telur saiz A, kalau telur saiz kecil, sila tambah sebijik lagi,supaya pizza nanti moist-moist gitu..kocak telur tu ye dengan garfu je..
Campurkan hasil tumisan tu dengan telur, gaul rata.
Tuang campuran telur ke atas roti gunting tadi...gaul sebati
Ratakan dlm dulang, jangan lupa sapu marjerin dulu supaya x melekat..bakar dulu 20min 170°C
Okey..ni step nak deco..
1.Keluarkan dari oven
2.Sapu sos..hat ni saya buat sebelah xde sos sbb ank2x x nak pedas..hehe.. buh la sos feveret korang, life ke, kimbal,sy guna samano
3.Tabur cheese yg dah di sagat..sy guna cheddar cheese,mix ngn mozarella pun best
4.Buh la mayonis kegemaran
Kalau rajin,boleh susun2x sosej yg dipotong serong, tp sbb kemalasan, ni pun sedap..hehe
Mayonis tu korang buh rapat2x cm no.4 tu , baru best,rasa lemak2x berkrim mayonis tu melt dlm mulut..hihi..okey, sambung bakar lagi 10min atau sampai mayonis tu x melekat kat tangan, lau melimpah cam gambar no 4 tu, dlm 15min gak
Ni rupanya bila dah dipotong..ala2x murtabak roti,tapi lagi marbeles sbb taburan cheese ngn mayonisnya.
Siap!! Dah boleh makan...sila-sila, jangan malu-malu buat cam rumah sendiri ya...YuMmy!!
Leave a Comment