Kisah Persahabatan Unik Seorang Lelaki Indonesia Bersama Teman Baiknya Si Harimau.


Seorang lelaki bernama  Abdullah Sholeh, 33, kelihatan sedang saling berciuman dengan seekor harimau di sebuah taman bersebelahan rumah mereka di Malang, Indonesia. Pemandangan itu sungguh luar biasa kerana harimau jenis bengal itu bukanlah harimau kecil tetapi seekor harimau yang seberat 392 paun dan setinggi 10 kaki. Harimau yang diberi nama Mulan Jamilah itu bukanlah jinak sebarangan. Dia hanya jinak dengan Abdullah sahaja.


Enam tahun sebelumnya, Abdullah telah diberi kepercayaan oleh tuan empunya harimau itu untuk menjaga Mulan yang pada masa itu berusia 3 bulan. Semenjak dari itu mereka sentiasa bermain bersama, bergurau bersama malah tidurpun bersama. Mereka seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. 

Makanan kegemaran harimau ini adalah mee segera. Macam tak percaya kan? 

Saksikan video di bawah untuk menyaksikan bagaimana akrabnya mereka berdua.


Photo Credit : Robertus Pudyanto/Getty Images

Dikuasakan oleh Blogger.