5 Kucing Yang Terkaya Di Dunia.
Di bawah ini adalah senarai 5 kucing yang terkaya di dunia.
1.Grumpy Cat aka Tartar Sauce
Tartar Sauce dilahirkan di Arizona. Anggaran seluruh pendapatannya adalah sekitar 100 juta usd. Menempatkan dia sebagai kucing yang berpendapatan tertinggi di dunia. Dia adalah duta bagi product-product terkenal antaranya Nestle, Ganz dan lain lain lagi. Selain itu pendapatannya adalah dari hasil iklan dan filem.
2. Choupette Lagerfeld
Choupette Lagerfeld adalah kucing baka Birman yang berusia 3 tahun. Dia adalah kucing kesayangan designer fashion yang terkemuka iaitu Karl Lagerfeld. Hobi kucing ini ialah bermain ipad. Dia menjalani hidup yang mewah dan mempunyai dua orang gaji persendirian. Pendapatannya pada tahun lalu sahaja berjumlah 3 juta us dollar.
3. Tommaso
Kisah Tommaso ibarat sebuah kisah fairy tales atau kisah dongeng. Tommaso asalnya adalah kucing gelandangan. Dia ditemui dan diselamatkan oleh seorang wanita tycoon hartanah yang kaya bernama Maria Asunta. Semasa Tommaso berusia 4 tahun, Maria telah mati kerana sakit tua. Maria Asunta adalah wanita yang kesunyian dan tidak mempunyai anak. Tommaso menjadi peneman sepinya dan dia sangat menyayangi kucing ini hingga meletakkan wasiat sebanyak 13 juta us dollar atas nama kucing ini. Tommaso telah dinobatkan sebagai kucing yang terkaya di dunia oleh Guiness books of records.
4. Zatara aka Tara The Hero Cat
Zatara adalah kucing milik sebuah keluarga di California. Dia menjadi terkenal selepas video menyelamatkan anak tuannya yang berusia 4 tahun, dari diserang anjing menjadi viral di laman-laman social. Dia adalah kucing pertama yang mendapat gelaran "Cat Hero Award" dari Cat fancier Association. Beberapa hari kemudian dia mendapat award "SPECIAL AWARD FOR CAT ACHIEVEMENT" dari the Cat Vid Festival dan beberapa bulan kemudian dia mendapat award "Blue Tiger", award yang selalunya diberi hanya kepada anjing-anjing militari. Setahun kemudian dia mendapat award lagi sebagai "Hero Cat" dari Los Angeles SPCA.
Tara memperoleh pendapatan pertamanya dari video you tube menyelamatkan anak kecil tersebut berjumlah 463 ribu usd.
5. Maru
Maru adalah kucing scottish fold dan menetap di Jepun. Maru adalah kucing yang sangat popular di You Tube. Pendapatannya adalah sekitar 180 ribu usd setahun.
Leave a Comment