Tidak Boleh Lupakan Kekasih Lama.


Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu....


Aku dah kerja sebagai HO di sebuah hospital, sekarang bertugas di bahagian obs gynae.

Aku ada masalah sekarang ni. Haritu aku ada sambut kelahiran baby. Tau x sape yang aku sambut? Anak ex aku!!

Aku terkejut sebab setahu aku dia susah nak mengandung. Aku tahu pasal masalah ni mase study persediaan nak pi oversea dulu.

Kitorang couple sejak form 4. Then same2 dapat straight A spm n dapat tawaran oversea. Sejak sekolah dia mmang senggugut dahsyat sikit. Tapi aku terkejut waktu kat A-level dulu dia confess yang dia memang susah nak mengandung sebab ada masalah.

Fikir punya fikir, bincang punya bincang dengan kawan2 n parents, aku decide untuk clash. Yelah, sape taknak zuriat kan.

Lepas A-level. Aku pi ireland, dia pi india. Aku langsung putus hubungan dengan dia.

Kat ireland aku jumpa wife aku n kitorang kahwin waktu 3rd year. Setahun sebelum tu aku ada dengar dari kawan aku yang ex aku ni dah kahwin waktu 2nd year. Tapi aku tak amik port sangat, sebab dah clash kan.

Masalah timbul bila wife aku tak berisi sampailah sekarang. Dah hampir 5 tahun kahwin weh! Wife aku layan baik je, pandai masak. Tapi tak mengandung sampai sekarang! Dah jumpa doktor pakar n kitorang takde masalah pun.

Berbalik kepada kisah sambut baby tadi tu. Aku terkejut bila tengok kad merah dia tulis G3P2!! Maksudnya tu kandungan ke3.

Waktu sambut baby tu n waktu repair episiotomy, aku rasa dia cantik sangat. Mula-mula dia taknak aku sambut, tapi waktu tu aku sorang je HO muslim yang bertugas. Suami dia pulak lebih prefer HO berbanding misi. So aku pun sambutlah baby dia.

Lepas beranak, n waktu suami dia dah keluar, aku tanya dia, macam mana boleh pregnant. Dia kata dia pun terkejut. Rezeki kot katanya. Dah 3 orang kot anaknya!

Macam mane ni. Sekarang aku asyik teringat kat ex aku. Angau dah. Mandi tak basah, makan tak kenyang. Pada masa yang sama aku kesian kat wife aku. Cuma tulah, sampai sekarang tak berisi. Huhu.

Jahat kah aku? N ada possibility tak yang ex aku ada buat guna2 kat aku?

                           

Tadi aku terbaca satu kisah pengakuan di iiumc.com. Baca punya baca tiba-tiba secara auto hati aku ternyanyi pulak lagu Lamunan terhenti Aris Ariwatan ni. Cerita ini di post oleh anonymous yang menggunakan nama dilemma.

Pada pendapat aku, mamat dilemma ni kena angau karma sebab rasa bersalah dengan ex dia. Memang salah tiba-tiba minta clash dengan kekasih hanya kerana kekasih sakit dan takut tak dapat zuriat. Inilah sebab kenapa kita jangan memikirkan apa yang akan terjadi di masa depan sebab kita tak tahu rencana Allah. Aku pun pernah buat silap yang sama membuat keputusan hari ini untuk kejadian yang belum sahih akan terjadi esok.

Kalau tengok dari perspektif lain pulak..Everything happen for a reason. Apa saja yang terjadi dalam hidup kita, salah silap kita, salah orang terhadap kita, pilihan kita, jalan hidup yang kita pilih semuanya mengandungi pelajaran dan hikmah disebaliknya dan seterusnya membentuk story line untuk kita pada hari ini. Story di atas jelas menunjukkan bahawa mereka tidak ada jodoh. Simple!.

Mana datang ilham dia untuk putuskan hubungan itu kalau bukan dari Allah Taala? Kalau jodoh mereka memang kuat atau kalau mereka dah ditakdirkan untuk bersama, ilham untuk putus itu takkan datang.

Dia pulak sanggup putus kerana hendakkan zuriat tapi ex dia pulak yang dapat dulu, tiga orang pulak tu. Mungkin angau dia kerana ego tercalar. Moga dia dapat memaafkan diri dia dan cepat-cepat melupakan kekasih lamanya dan kembalikan hatinya kepada isterinya. Jom sama-sama doakan semoga Mr.Dilemma dan isteri cepat-cepat dikurniakan zuriat yang comel-comel dalam masa terdekat ni. Amin.

"Don't cry over the pastit's goneDon't stress about the future
it hasn't arrivedLive in the present and make it beautiful."

Dikuasakan oleh Blogger.