Akhirnya Uqasha Senrose Akui Kesilapan.

"Bila difikirkan kembali, saya sedar itu semua kesilapan di atas kejahilan diri sendiri yang masih terlalu cetek ilmu agama. Sebenarnya, bagi saya, manusia ini banyak dugaannya dan kejadian itu merupakan dugaan yang telah tertulis untuk saya”
 
“Saya akui, iman diri ini tidaklah sekuat mana, kadang kuat, kadang ke laut juga”
Begitulah luahan ikhlas yang diberikan oleh pelakon sensasi Uqasha Senrose yang sedang panas dengan isunya menanggalkan tudung dan berpakaian kurang sopan ketika bercuti Koh Lipe, Thailand bersama adik-beradiknya dan pelakon Iqram Dinzly.

Sumber : Roti Kaya
Mengakui kesilapan diri, Uqasha yang selama ini berdiam diri bila isu ini diajukan kepadanya bersyukur dan berterima kasih kerana teguran yang diberikan terhadapnya.

“Saya mahu berterima kasih sebenarnya kerana jika tiada yang menegur kesilapan yang dilakukan, mungkin sehingga hari ini saya akan terus melakukan tindakan yang sama tanpa menyedari benda itu salah,” ujar Uqasha Senrose lagi.


Kesan dari kontroversi tersebut, pelakon yang sedang popular dengan drama Tundukkan Playboy Itu mengakui tawaran kerja datang mencurah-curah namun beliau akan lebih memilih tawaran yang terbaik untuk kerjayanya.

Foto Kredit : Roti Kaya
Foto Kredit : Roti Kaya

sumber : Roti Kaya
Dikuasakan oleh Blogger.