Ayah Sanggup Jual Anak Untuk Beli iPhone.
FUJIAN - CHINA. Seorang lelaki warga China yang menjual anaknya untuk
membeli telefon pintar jenama iPhone dan motosikal berkuasa tinggi
dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.
Duan (bukan nama sebenar) dari Tong'an, wilayah Fujian mendapat pembeli
untuk anaknya yang berusia 18 bulan secara dalam talian, lapor People
Daily Online. Dia menjual anaknya itu dengan harga 23,000 Yuan (RM14,536).
Ibu bayi itu Xiao Mei (bukan nama sebenar) berkata, dia terpaksa
bekerja manakala suaminya itu hanya menghabiskan masa di kafe siber.
Kedua-dua pasangan yang berumur 19 tahun itu mengalami masalah kewangan
selepas menerima cahaya mata menyebabkan Duan mengambil kesempatan
dengan menjual anaknya itu bagi memenuhi keinginannya.
Bagaimanapun, individu yang membeli bayi berkenaan untuk kakaknya kemudian menyerah diri kepada pihak polis.
Xiao Mei yang cuba melarikan diri untuk memulakan kehidupan baru bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa.
Berdasarkan laporan, wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyangka
tindakannya itu menyalahi undang-undang kerana dia sendiri merupakan
anak angkat dan ramai penduduk di kampung halamannya turut berbuat
demikian.
Memetik laporan The Epoch Times, Duan dikenakan hukuman penjara selama
tiga tahun manakala Xiao Mei dipenjara dua tahun setengah.
Sumber : Sinar Harian (9 Mac 2016)
Leave a Comment