Perkara yang baik datang kepada mereka yang sabar menunggu tetapi perkara yang lebih baik datang kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya.


" Good things come to those who wait. "

Benda yang baik  datang kepada sesiapa yang menunggu. Itulah maksud ungkapan di atas. Ada benarnya ungkapan itu tetapi ia bukanlah bermaksud kita harus menunggu tanpa berbuat apa-apa.

Menanam buah contohnya. Adakah kita harus menunggu buah itu tumbuh tanpa menanamnya dahulu? Makanan sedap  tidak akan datang tanpa kita masak atau keluar ke restoran membelinya. Makanan itu tidak akan datang melayang kepada kita jika kita menunggu. Kita harus berusaha mendapatkannya. Begitu juga dengan hidup. Kita harus berusaha jika mahukan sesuatu.

Memang benar kadang-kadang benda baik itu akan datang juga tanpa kita berbuat apa-apa tetapi benda yang terbaik datang kepada mereka yang pergi mendapatkannya. Selalunya benda yang datang kepada kita dengan mudah  jarang membuatkan kita puas dan bahagia. Tidak ada yang boleh dibandingkan dengan keterujaan mendapatkan sesuatu selepas berusaha. Orang yang menang loteri pun berusaha untuk keluar rumah untuk membeli tiket loteri tersebut. Dia bukan menang menunggu.


Untuk mendapatkan sesuatu kita harus berusaha dahulu. Setiap pencapaian bermula dengan keputusan untuk mencuba. Bukanlah beerti bila kita berusaha kita pasti kaya atau 100% berjaya tetapi kita berjaya menjadi manusia yang berguna untuk diri sendiri. Kita akan lebih menghormati diri kita sendiri kerana berjaya menjadi manusia yang berani mengambil risiko. Banggakan diri sendiri.



Dalam keterujaan kita mencuba dan berusaha, jangan pula kita lupa tentang qada dan qadar. Gagal atau berjaya bukan urusan kita. itu kuasa Allah Taala. Ada yang dapat apa yang mereka inginkan dengan mudah. dan ada juga yang gagal berkali-kali sebelum berjaya. Teruskan berusaha dan jangan give up. Jangan takut mencuba dan jangan takut gagal. Setiap kehidupan pasti ada halangan dan cabaran masing-masing. Namun kita tidak harus takut mengambil risiko. Jika kita gagal bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Kadang-kadang dalam kegagalan terkandung pelajaran yang tidak ternilai. Ianya mengajar kita untuk menjadi lebih baik.


"Good Things Come To Those Who Wait. 
But Better Things Come To Those Who Work For It."

P/S : "Lebih baik gagal mencuba dari gagal tanpa berbuat apa-apa."



Dikuasakan oleh Blogger.