Resepi Rojak Tauhu



Anda peminat tauhu bakar? Senang je tau nak buat tauhu bakar. Hari ini saya nak share resepi rojak tauhu  dari Azlita Masam Manis. Saya dah mencubanya. Memang sedap gila. Masa tu buat time open house. Terbeliak mata abang saya bila dia suap seketul masuk mulut. Tak sangka sedap sangat gamaknya. Kalah tauhu bakar yang dibeli di kedai tau!!

Bahan-bahannya :

8 keping tauhu ~ di goreng
1 butir timun ~ dipotong mancis
250 gm taugeh ~ dicelur

Kuah Rojak

300 gm kacang tanah ~ digoreng dan tumbuk kasar
1.2 cm belacan ~ dibakar
15 biji cili padi ~ kurangkan kalau tak suka pedas
3 ulas bawang putih
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh kicap manis
1/2 cawan air asam
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah rojak ditumbuk halus.
Kemudian gaulkan rata bersama air asam
Selepas tu masukkan kacang tumbuk dan gaul rata

Tauhu dipotong 4.
Letakkan dalam pingan
Letakkan hirisan timun dan taugeh di atasnya
Tuangkan kuah rojak bila telah bersedia untk menikmatinya.

Sebenarnya ada 2 resepi rojak tauhu dari Puan Azlita Masam Manis. Dua-dua saya dah try. Memang sedap tapi tak mahu share gambar rojak tauhu saya sebab Puan Azlita punya gambar nampak cantik sangat. Rugi tak share. Lupa nak beritahu yang saya bakar tauhu saya di microwave. Saya tidak mengorengnya macam resepi Puan Azlita. 

Di bawah ini resepi rojak tauhu yang lagi satu



6 biji cili api - kalau suka pedas boleh tambah
10 tangkai cili kering - rendam sekejap supaya lembut
1/2 buku gula melaka - dihiris atau diracik halus
1 senduk gula pasir
1 sudu besar kicap masin
5 sudu besar kicap manis

Satukan semua bahan diatas dan masukkan dalam pengisar dan kisar hingga halus. Masak sebentar atas dapur hingga kuah sedikit pekat. Rasakan masin dan manisnyer kalau kurang tambahlah mana yg perlu ditambah....

1cawan kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
2 biji limau kasturi - ambil airnyer.

Setelah kuah pekat tutup api. Masukkan kacang tanah dan perahkan air limau kasturi dan kacau rata.
Kuah ni boleh tahan lama. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk. Sekarang boleh sediakan bahan untuk dimakan bersama

Tauhu - di goreng dan dipotong ikut suka
Timun - dihiris halus
Taugeh - dicelur
Sengkuang - dihiris halus

Letakkan tauhu, timun, sengkuang dan taugeh di atas pinggan tuangkan kuah rojak di atasnyer... kemudian taburkan lebihan kacang.... perggghhh!!! yummy!!

Sumber : Azlita Masam Manis
Dikuasakan oleh Blogger.