BERITA | Bas Rapid KL Terbakar, Rapid Bus Mohon Maaf
![]() |
Foto : Astro Awani |
KUALA LUMPUR : Sebuah bas RapidKL dan enam kereta terbakar berhampiran pasar raya di Seksyen 5, Wangsa Maju, 3.50 petang tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala
Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan pada 3.54 petang.
Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Setapak dan WangSa Maju diarahkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, api sedang marak dan turut membakar enam kereta yang diletak di kawasan berhampiran.
"Pada 4.28 petang api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan pasukan
forensik bomba sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya.
Sementara itu, pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn
Bhd memohon pemilik kenderaan yang terbakar menghubungi syarikat itu
bagi tujuan tuntutan pampasan.
Menurut kenyataan media syarikat itu, pemilik boleh menghubungi talian bantuan 03-7885 2585 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my.
Kenyataan itu menjelaskan, kejadian petang itu membabitkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju).
"Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas
terhidu bau asap sebelum meminta semua enam penumpang di dalam bas
berkenaan keluar," katanya.
Katanya, Rapid Bus memohon maaf atas insiden itu yang menyebabkan gangguan lalulintas di sekitar lokasi.
![]() |
Foto : Mynewshub |
Sumber: Harian Metro (Asmah Rusman)
Leave a Comment