TAHNIAH | Chong Wei terima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira
Tahniah kepada hero rakyat Malaysia, Lee Chong Wei yang telah dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) daripada TYT Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, yang memberikan beliau gelaran "Datuk Wira".
Pemain
badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, mengetuai senarai penerima
darjah dan bintang kebesaran Melaka, dalam kalangan ahli serta bekas jaguh
sukan tempatan sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd
Khalil Yaakob, esok.
Chong Wei bakal dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka
(DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. Selain itu, bekas raja pecut Asia,
Rabuan Pit yang juga anak kelahiran Melaka, juga menerima pengiktirafan apabila
menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM), membawa gelaran Datuk.
Ketua
pasukan Melaka United selaku penjaring terbanyak Liga Perdana, Ilija Spasojevic
yang berjaya membawa nama pasukan bola sepak Melaka ke persada juara Liga
Perdana akan menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).
Setiausaha Kerajaan
Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar, berkata anugerah berkenaan adalah sebagai
menghargai jasa mereka yang berjuang membawa nama Melaka dan Malaysia ke
peringkat tertinggi dalam bidang sukan.
Katanya, anugerah itu juga mampu
memberi semangat kepada ahli sukan yang lain untuk terus beraksi, sekali gus
membawa kejayaan demi negeri dan negara tercinta.
![]() |
![]() |
![]() |
Ucapan tahniah di laman Facebook Lee Chong Wei |
Sumber : Facebook Lee Chong Wei 李宗伟
Berita Harian
Pemain badminton nombor
satu negara, Datuk Lee Chong Wei, mengetuai senarai penerima darjah dan
bintang kebesaran Melaka, dalam kalangan ahli serta bekas jaguh sukan
tempatan sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd
Khalil Yaakob, esok.
Chong Wei bakal dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang
membawa gelaran Datuk Wira.
Selain itu, bekas raja pecut Asia, Rabuan Pit yang juga anak kelahiran
Melaka, juga menerima pengiktirafan apabila menerima Darjah Pangkuan
Seri Melaka (DPSM), membawa gelaran Datuk.
Ketua pasukan Melaka United selaku penjaring terbanyak Liga Perdana,
Ilija Spasojevic yang berjaya membawa nama pasukan bola sepak Melaka ke
persada juara Liga Perdana akan menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar, berkata anugerah
berkenaan adalah sebagai menghargai jasa mereka yang berjuang membawa
nama Melaka dan Malaysia ke peringkat tertinggi dalam bidang sukan.
Katanya, anugerah itu juga mampu memberi semangat kepada ahli sukan yang
lain untuk terus beraksi, sekali gus membawa kejayaan demi negeri dan
negara tercinta.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201788
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201788
Leave a Comment