Kisah Lawak Rumahtangga


Zul (bukan nama sebenar,nama sebenar dia Zulkifli).Balik selepas 2 minggu tidak pulang kerana halangan kerja di KL.

Dan hari ini Zul memandu pulang ke rumahnya disebuah daerah di Ketereh, Kelantan.

Rindu benar Zul pada anaknya, walau pun selalunya Zul akan terkam emak dahulu, selepas itu barulah anaknya...Sepanjang perjalanan Zul memandu dgn cukup agresif sbb mahu cepat sampai ke rumah. Akhirnya ...

Zul tiba dirumahnya jam 5 petang dengan harapan anak anaknya masih berada di sekolah..

Tiba tiba muka Zul berubah....

Mukanya pucat ..

Zul terduduk di atas tangga dan mengeluarkan sebatang rokok bagi tenangkan fikiran...

Zul rasa seperti mahu menangis kehampaan...

Zul menjeling sekali lagi ke ampaian.

Jelaslah itu kain "sembahyang wanita" dan menjengah ke rak kasut, ternampak pula kasut2 sekolah dua anaknya..

Zul melangkah lesu kedalam rumah dan disambut ahli keluarganya...

Keadaan Zul yang tidak gembira dapat dilihat jelas isteri dan anak anaknya..

Isterinya menyiapkan minuman dan melihat Zul dengan perasaan yg aneh kerana Zul tidak ceria seperti biasanya dia pulang dari outstation..

Zul mengadap tv tanpa sepatah kata.

Isterinya menghidangkan minuman...

Namun akhirnya Zul mengumpul kekuatan dan sisa sisa harapan, Zul bertanya pada isterinya dengan nada yang cukup lemah tetapi tidaklah berharap....

"Awak sudah solat Asar? "....

Isterinya menjawab ringkas.

"Sudah "....

Zul terbangun dari kerusi seperti tidak percaya...

"Tu kan kain sembahyang yg awak basuh tuu"... Zul menyoal

Isterinya ketawa dan menjelaskan kain sembahyang bukannya sehelai.....

Alhamdulillah syukur...

Zul menyebut tanpa sedar dan terus kembali rasa bersemangat. Sepinggan kuih didepannya licin dimakan ...

Air yang tengah panas sekali Zul hirup dengan penuh rasa ghairah tanpa rasa apa apa kesakitan atau rasa melecur....

Persoalannya....

Apa sebenarnya yang Zul nak dan harapkan bila dia tiba di rumah??

Jawapan yg diberi mesti tidak kurang drpd 50 patah perkataan..

 

P/S : Aku jumpa post ni dari timeline kawan aku, kelakarkan? Agak-agak korang apa yang Zul ni nak sebenarnya?


Dikuasakan oleh Blogger.