Cara Mudah Menghilangkan Bau Busuk dan Mengekalkan Keharuman Bau Kereta.


Tension dengan bau kereta anda? Dah cuba bermacam jenis pewangi kereta tapi masih gagal menghilangkan bau hapak kereta anda? Mahu tahu cara paling menjimatkan untuk menghilangkan bau busuk kopam dan bau asap rokok dalam kereta anda? 

Mari cuba cara yang mudah dan murah ini.

1- Gunakan Daun Pandan.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/cara-mudah-menghilangkan-bau-busuk-dan.html

Ikatkan daun pandan dan letak di bawah seat kereta. Kalau rajin boleh juga buat seperti bunga rampai. Potong halus-halus dan letakkan di dalam kain. Ikatkan seperti sup bunjut dengan tali dan ikatkan di mana-mana bahagian yang anda inginkan di dalam kereta.

2- Gunakan Serbuk Kopi.

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/cara-mudah-menghilangkan-bau-busuk-dan.html

Letakkan serbuk kopi di dalam kain dan ikatkan seperti sup bunjut. Letak di bawah seat kereta atau ikatkan di mana-mana bahagian yang anda suka. Kalau anda malas anda juga boleh menggunakan serbuk kopi uncang. 

Nah mudah kan? Cubalah gerenti menjadi.

SELAMAT MENCUBA!
Dikuasakan oleh Blogger.