Fakta Tentang Coca-Cola Yang Anda Mungkin Tidak Tahu.
Siapa yang tidak tahu Coca-Cola. Coca-cola adalah minuman yang paling laris di dunia. Minuman berasal dari Amerika Syarikat ini di jual di serata dunia. Kajian menyatakan ianya dijual lebih dari 200 negara dan ianya dikonsumi lebih dari 10,000 gelas sehari.
Coca-Cola telah dicipta oleh John S. Pemberton pada tahun 1886. Nama dan logonya pula dicipta oleh Frank Robinson, rakan kongsi dan juga akauntan kepada S.Pemberton. Logo yang sama di gunakan sehingga ke hari ini. Pada awalnya Coca-Cola diiklankan sebagai minuman tonik untuk melegakan keletihan dan sakit kepala. Coca-cola pada awal penciptaannya mengandungi kokain. Dari situ anda tahu dari mana datangnya nama timbangan Coca-Cola iaitu "Coke". Bagi yang belum tahu "Coke" adalah nama lain bagi kokain di sesetengah negara. Namun begitu dikatakan pada tahun 1903, kokain telah dikeluarkan dari Coca-Cola.
Cuba dan Korea Utara adalah dua negara yang tidak membenarkan penjualan Coca-Cola manakala Israel pula pengharamkan rakyatnya meminum Coca-Cola atau Pepsi , biarpun kedua-dua brand itu adalah penyokong kuat zionis. Mexico pula adalah peminum Coca-Cola yang terbesar di dunia.
Selain dari untuk diminum Coca-Cola terbukti mempunyai banyak kegunaan lain antaranya.
1. Coca-Cola adalah pencuci tandas yang terbaik
2. Coca-Cola boleh menghilangkan karat besi
3. Coca-Cola boleh digunakan sebagai kondisioner rambut atau air bilasan rambut. ianya dikatakan boleh melembutkan dan mencantikkan rambut.
4. Coca-Cola boleh digunakan sebagai pencuci tingkap.
5.Cola-Cola boleh menghilangkan kotoran yang tidak boleh hilang pada baju, minyak atau darah contohnya.
6. Coca-Cola boleh digunakan sebagai ubat untuk sakit disengat serangga. Nyamuk atau lebah contohnya.
7. Coca-Cola boleh digunakan sebagai pencuci dapur.
8. Coca-Cola boeh digunakan sebagai pencuci lantai. Ianya boleh mengilatkan lantai mozek.
9. Coca-Cola boleh digunakan sebagai pengilat kotoran degil. Duit syiling lama contohnya. Cuma rendamkan Coca-Cola dengan duit syiling lama. Syiling lama itu akan menjadi seperti syiling baru.
10.Coca-Cola boleh digunakan untuk mencuci periuk atau kuali hangit. Cuma rendamkan setin coca-cola ke dalam kuali atau periuk hangit itu sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian sental seperti biasa.
Banyak lagi kegunaan Coca-Cola ini untuk kerja-kerja rumah dan kerja pembersihan. Adakah ianya juga bagus untuk kesihatan. Bayangkan peluntur dan kerja mencuci yang berat bisa dilakukan oleh Coca-Cola, bagaimana pula dalaman anda apabila anda meminumnya setiap hari.
Fakta menakutkan tentang Coca-Cola:
1- Ia boleh menghakis tulang dan gigi membuatkan tulang dan gigi cepat rosak
2- Kandungan gulanya yang terlebih tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit, terutamanya diabetes atau kencing manis. Ianya juga mengemukkan.
3- Bahan rahsia di dalam Coca-Cola dikatakan sangat berbahaya untuk jangka masa panjang kepada tubuh badan manusia.
4- Peminum tegar Coca-Cola mudah terkena gastrik.
Logo Coca-Cola jika diterbalikkan mengandungi perkataan arab yang berbunyi "tiada Muhammad, tiada Mekah". tidak tahu samada logo Coca-Cola itu di cipta sebegitu secara kebetulan atau mempunyai agenda atau maksud tersendiri namun ramai ulama mengatakan bahawa Coca-Cola haram diminum. Manakala pejuang-pejuang tegar Islam meminta muslim sedunia supaya memboikot Cola-Cola kerana Coca-Cola dikatakan sebagai salah satu syarikat yang menyokong atau tali barut agenda kepada yahudi zionis. Wallahualam.
Saya memang dah lama tak minum Coca-Cola. Alhamdulillah anak-anak suka google, diaorang sendiri tahu bahayanya minuman ini untuk kesihatan. Jangan beri anak-anak kecil anda minum air ini. Ajar mereka minum air kosong atau mineral kerana itu lebih baik untuk kesihatan mereka. Dan ajarkan mereka meminum jus buah. Dan lebihkan buah-buahan. Kedengaran fakta di sini seperti merepek, tak masuk akal dan cerita dongeng tapi tak salah kalau anda terus membuat research atau pencarian lengkap tentang minuman popular bernama Coca-Cola ini.
Leave a Comment