Guru Bangsa Palestin Menang Hadiah Bernilai 1 JUTA USD.
March 14, 2016 : Seorang guru Palestin yang dibesarkan di kem pelarian, hari ini telah menewaskan 8,000 peserta dari seluruh dunia dalam pertandingan cara pendidikan terbaik di majlis Global Teacher Prize yang berlangsung di Dubai.
Hanan al-Hroub adalah seorang guru sekolah rendah di Ramallah. Beliau mendidik pelajar-pelajarnya untuk mengelak keganasan. Hadiah bernilai USD1 juta itu disampaikan oleh pemerintah Dubai iaitu Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Berita penuhnya di sini
Admin : Tensentuh hati apabila membaca berita ini. Di saat Palestin sedang di ambang peperangan, ditikam, didera, difitnah, di bom, ditembak dan lain-lain lagi, beliau bangkit dan menang mengalahkan ramai lagi guru di luar sana. Kemenangannya sangat menbanggakan kerana tatkala Palestin sedang terhimpit beliau tampil menjadi seorang pendidik yang terbaik bertaraf dunia. Alhamdulillah. Ya Allah pelihara mereka-mereka yang sedang berjuang di sana. Kurangkan penderitaan mereka, permudahkan segala urusan mereka. Amin.
Leave a Comment