Kisah Ajaib Tapi Benar : Seekor Penguin Berenang Sejauh 8,000km Untuk Bertemu Lelaki Yang Pernah Menyelamatkannya.


Pada tahun 2011 seorang pesara bernama Joao Pereira de Souza yang berasal dari Brazil dan berusia 71 tahun telah menemui seekor penguin yang sedang hampir mati diliputi minyak. Joao telah berusaha mengubati dan menyelamatkan penguin  yang diberi nama Dindim itu. Selepas sembuh penguin itu berat hati untuk meninggalkan Joao tetapi undang-undang Brazil tidak membenarkan rakyatnya untuk membela hidupan liar sebagai binatang peliharaan.

Joao tidak ada pilihan selain melepaskan Dindim ke laut semula. Namun keajaiban telah berlaku di mana Dindim telah berenang sejauh 5,000 hingga 8,000 km setiap tahun untuk bertemu Joao.


"Saya sayangkan penguin ini seperti anak saya sendiri dan saya percaya penguin ini juga menyayangi saya " kata Joao.

Penguin itu bagaimanapun tidak membenarkan orang lain untuk mendekatinya. Dia akan mematuk siapa-siapa yang cuba untuk  memegangnya. Dia hanya manja dan membenarkan Joao seorang membelai, mengangkat, menidurkannya dan tidur di atas peha Joao. Setiap tahun Joao berkesempatan menyuap penguin itu memakan ikan kegemarannya iaitu ikan sardin.

Ini adalah kisah yang luar biasa. Pakar biologis mengatakan kemungkinan penguin itu menganggap Joao sebagai ahli keluarganya.

source
Dikuasakan oleh Blogger.