Petua Atasi Kucing Cirit-Birit Atau Berak Cair.
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi petua bagaimana untuk mengubati dan mencegah kucing atau anak kucing dari terkena berak cair atau cirit birit. Saya bukanlah seorang veterinar atau seorang yang expert di dalam bab kucing. Saya hanya seorang rescuer kucing persendirian. Petua saya adalah berdasarkan dari pengalaman saya membela dan membesarkan kucing-kucing yang saya sebanyak 40 ekor.
Dulu saya selalu mengalami masalah ini. Memang tensionkan kalau kucing kita dah terkena berak cair, lebih-lebih lagi kalau dah bercampur darah. Terutamanya pulak kalau yang kena berak cair tu anak-anak kucing yang baru belajar makan. Saya banyak berhabis ke vet dan membuat berbagai research dan akhirnya saya sedar kesilapan saya.
Rupanya saya terlebih bagi makan. Free flow sebenarnya hanya sesuai untuk kucing dewasa. Ia agak tak sesuai untuk anak-anak kucing yang baru belajar makan kerana mereka akan makan dan makan tanpa had. Jika kita memberi kucing kita makan biskut, kita kena ikut sukatan yang mereka suggestkan di kotak-kotak makanan tersebut. Lebih tinggi protein dan mahal harga makanan kucing itu, lagi wajib anda mengikut sukatan yang di beri. Contohnya makanan protein tinggi dan bermutu seperti Orijen. Makanan super duper premium dan grain free sebenarnya tidak boleh diberi dalam kuantiti yang banyak. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan pendapat saya. Ramai yang terkejar-kejar untuk gemukkan kucing dengan memberi kucing mereka makan tanpa had. Percayalah memberi mereka makan dengan banyak dan berkali-kali dalam sehari bukan solution untuk gemuk tetapi ia membawa banyak masalah lain dari segi kesihatan.
Setelah saya sedar kesilapan saya, saya kini hanya bagi kucing-kucing dewasa saya makan sekali sehari. Dan anak-anak kucing 2,3 kali sehari dalam jumlah yang sedikit. Hasilnya kucing saya tidak pernah lagi ada masalah berak cair, cirit, berak berdarah malah bertambah gemuk. Cara untuk gemuk kan kucing bukanlah dengan cara menyumbat mereka dengan makan tanpa had tapi dengan cara memandulkan mereka. Kucing yang dimandulkan lebih cepat gemuk walaupun mereka makan dalam kuantiti yang sedikit.
Kedua..ubat cacing wajib diberi. Antara penyebab berak cair dan berak cair berdarah adalah kecacingan. Bagi anak-anak kucing anda boleh beli ubat cacing dalam bentuk cecair, contoh ubat cacing yang bagus ialah troy. Ikut betul-betul sukatan dan cara pemberiannya. Kalau troy anda perlu bagi 2 hari berturut-turut. Dan untuk kucing dewasa anda kena bagi ubat cacing jenis pil. Penting untuk bawak ke vet untuk pemberian ubat cacing kerana ubat cacing ini perlu diberi mengikut berat badan kucing tersebut. Ubat cacing kalau diberi terlebih boleh membahayakan kucing, kalau diberi terkurang, cacing pulak tak mati. Tak mahal pun pergi ke vet untuk ubat cacing. Dalam rm10 seekor kalau tak silap saya.
Antara sebab lain adalah virus, jangkitan kuman atau bakteria. Kenal pasti kucing anda. Kalau berak cairnya datang sekali dengan selsema, sakit mata, lemah dan sebagainya..silalah bawak ke vet secepat mungkin.
Jikalau kucing anda sudah terkena berak cair, apa yang anda perlu buat ialah asingkan dia dari kucing lain dan jangan bagi dia makan sekurang-kurangnya 12 jam. Kemudian rebuskan dada ayam dan diberi kepada kucing tersebut. Ini mungkin ambil masa 1 atau 2 hari untuk sembuh.
Petua saya sebenarnya senang. Dulu setiap kali kucing saya terkena berak cair saya dah tak susah-susah nak rebus ayam lagi. Saya beli blackwood kitten beri mereka makan. Bagi yang tak pernah menggunakan blackwood kitten mungkin tidak tahu tapi bagi pengguna blackwood tahu, kucing yang makan blackwood selalunya najisnya cantik, tidak cair dan tidak keras. Ngam-ngam je. Tapi saya dah jarang guna blackwood kitten sekarang sebab kucing dah menjangkau 40 ekor dah tak mampu. Saya cuma berikan apabila kucing saya terkena berak cair...apabila najis mereka dah ok, saya tukar balik ke biskut yang saya selalu gunakan. Sebenarnya dah bertahun masalah kucing berak cair tak ada dalam diari hidup saya. Sejak saya amalkan diet seperti di atas.
Petua dan cerita ini disumbangkan oleh Puan Rosie, KL
Leave a Comment