Strok Haba. Jangan Ambil Mudah!


Akibat terdedah kepada cuaca panas pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul antaranya ruam panas (heat rash), kelesuan dan pitam akibat kepanasan  melampau (heat exhaustion). Ia menjadi lebih serius sehingga boleh menyebabkan kekejangan akibat kepanasan yang melampau sehingga tidak sedarkan diri. Keadaan serius ini dipanggil strok haba.

Malaysia mengalami fenomena ekuinoks atau pemanasan global dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September. Matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Tidak seperti penyakit haba lain Strok Haba dicirikan dengan ketinggian suhu badan melampau Hipertemia, akibat terdedah kepada suhu ekstrem  melebihi 32.2 darjah celcius yang memungkinkan kegagalan sistem saraf dan fungsi organ.
 
Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko.

Kumpulan Yang Lebih Berisiko :-
  1. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  2. Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  3. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  4. Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  5. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. 
Tanda-tanda awal Strok Haba:-
  1. Sakit kepala 
  2. Mual dan muntah
  3. Keletihan/Kelesuan
  4. Lemah tumpuan
  5. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  6. Denyutan nadi yang pantas
  7. Lemah-lemah otot dan kekejangan
  8. Kulit kering dan kemerahan
  9. Sawan
  10. Pitam
  11. Tangan dan kaki menjadi sejuk
  12. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    Cara  mencegah atau mengurangkan kesan akibat cuaca panas melampau:-

    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
    • Hadkan aktiviti luar dan sentiasa berada di dalam bangunan/rumah.
    • Kerap berehat
    • Mandi atau gunakan kipas angin/penghawa dingin untuk menyejukkan tubuh badan anda
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
    • Pakai topi atau payung yang besar 
    • Elakkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    • Jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
    • Jangan bersenam dalam cuaca panas

    http://kongxie.blogspot.com/2016/03/strok-haba-boleh-membunuh.html
    http://kongxie.blogspot.com/2016/03/strok-haba-boleh-membunuh.html

    Orang ramai dinasihati agar tidak mengambil penyakit ini. Segeralah ke mana-mana hospital apabila anda mempunya tanda-tanda terkena strok haba. Jangan lupa menggunakan cara pencegahan di atas sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat amnya.
     
    Sumber : TheVocket  | Info Sihat 

    Admin : Memang musim panas sekarang ni. Mandi kerap pun tetap badan berbahang. Ibu bapa pantaulah anak-anak korang supaya kita dapat cegah dari dapat penyakit ni. Nampak macam takde apa, sebenarnya memang serius dan boleh bawak maut. So amalkan langkah pencegahan kat atas tu k...
    Dikuasakan oleh Blogger.