JOM BUAT SUSHI SENDIRI | Langkah Demi Langkah Buat Sushi Sendiri Di Rumah


http://kongxie.blogspot.com/2016/09/jom-buat-sushi-sendiri-langkah-demi.html

Teringan nak makan Sushi? Haa.. tak payah beli lagi. Jom kita buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun boleh dapat kat pasaraya dengan mudah. Sihat dan mengeyangkan tau. Resepi dan langkah-langkah buat Sushi ni saya jumpa di Facebook Dapur Jaddati.

Jom ikut cara buat Sushi ni..

Bahan-bahannya : 

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/jom-buat-sushi-sendiri-langkah-demi.html

1. Nasi Sushi - Sumo. Ada di jual di pasaraya seperti Tesco dan AEON. Masak nasi seperti biasa, lebihkan air jika nasi mahu lembik sedikit.

2. Sawi atau bayam, lobak merah, sosej (direbus), telur (buat telur dadar), timun, mayonis, tuna  dan jejari ketam.

3. Seaweed (pastikan yang halal).

4. Bamboo mat/Tikar sushi untuk menggulung dan bekas acuan Sushi (boleh beli di Daiso atau Mr. DIY).

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/jom-buat-sushi-sendiri-langkah-demi.html
5. Potong lobak merah dan goreng sekejap menggunakan minyak bijan atau guna minyak masak...cuma kurang sikit rasa aromanya. Titikkan bawang putih dan goreng layu. Timun potong juga. Sawi atau bayam celur sekejap. Telor dadar dipotong memanjang.

6. Campur tuna dalam tin + mayonis + lobak merah yang dicincang.  Dalam bekas lain, jejari ketam yang di rebus campurkan dengan mayonis.

7. Sediakan bamboo mat. 

8. Ambik Seaweed, layurkan sekejap di atas api secara perlahan-lahan. Jangan sampai terbakar.


9. Masukkan sedikit cuka Sushi pada nasi tersebut bila dah nak menggulung . Jika guna cuka makan biasa, masukkan sedikit gula dan garam. Jangan biar nasi yang siap dimasak tu terdedah nanti nasi kering. 

10.Letakkan tuna mayonis atau jejari ketam mayonis tadi

11.Kemudian letak sosej yang di celur/direbus, sayuran dan telor dadar.

12.Lepas tu gulung guna lapik buluh tadi. 

13. Gulung perlahan-lahan sambil tekan sedikit kuat di bamboo mat agar seaweed, nasi dan isinya mampat. Gulung perlahan sampai ke hujung.



14.Sedia untuk dipotong.

15.Ambil pisau tajam, celupkan pada air dan potong. Tujuan celup pisau dalam air itu untuk dapatkan potongan Sushi yang cantik.

16.Siappp satu sushi!!

http://kongxie.blogspot.com/2016/09/jom-buat-sushi-sendiri-langkah-demi.html

17.Masukkan nasi dalam acuan Sushi Tekan dan padatkan nasi.

18.Keluarkan dari acuan. 

19.Gunting seaweed ikut garisan pada seaweed tu.
 
20.Salutkan pada nasi tadi...bahagian atas bagi ruang untuk isi tuna.

21.Isi kan tuna mayo tadi

22.Siap lagi satu sushi..:)

SELAMAT MENCUBA !!

Sumber : Dapur Jaddati
Dikuasakan oleh Blogger.