Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-5 Dipilih Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu.
Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem kekananan
dan giliran yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan
dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi
menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
- Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
- Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
- Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
- Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
- Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
- Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita
lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang
Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah
negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan
pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan
kematangannya terhadap cara pemerintahan.
Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai
giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan
Agong.
Proses pemilihan ini hanya melibatkan raja-raja iaitu hanya raja-raja
yang boleh bertanding dan mengundi. Ketika persidangan untuk pemilihan
Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak akan ikut hadir. Hanya raja-raja dan Penyimpan Mohor Besar selaku setiausaha mesyuarat yang akan terlibat.
Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia pada
sekeping kertas yang tidak bernombor dan sekiranya raja dalam senarai
itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang
di-Pertuan Agong seterusnya. Lazimnya, raja yang paling muda akan diberi
tanggungjawab untuk mengira undian bersama-sama Penyimpan Mohor Besar.
Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan
Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa
ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.
Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-5
dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pula
dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Baginda berdua akan memulakan tugas
pada 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun.
Pengganti YDP Agong telah diputuskan pada
mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Sumber : Wikipedia
Leave a Comment