Fakta Menarik Tentang..KENTUT......




KENTUT ohhh KENTUT.. kadang-kadang busuk kadang-kadang wangi (bagi yang baru bercinta ler...hehe), kadang-kadang senyap tetapi baunya alahai..menusuk kalbu. Yang pastinya bila dah berbau semua buat-buat tak reti macam perkataan kentut tak wujud dalam dunia nie..hehe..

Tapi.. tapi.. sila jangan pandang rendah dengan si kentut ni tau. Dalam kebusukannya masih ada cerita di sebaliknya.. Jom kita layan fakta kentut di bawah..

#1. Perkataan "kentut" berasal dari bahasa Inggeris lama "FEORTAN" (bermaksud "untuk memecahkan angin").



#2. Kentut membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan baik untuk kesihatan anda. Sesiapa  yang ada darah tinggi tu, bolehlah kentut secara berhemahnyer...


#3. Menahan kentut tidak berbahaya kepada kesihatan anda tetapi ia boleh menyebabkan kekejangan  dan kesakitan. Maunya tak, silap-silap boleh cramp urat kentut..


#4. Kentut boleh mencapai kelajuan sehingga 10 kaki per saat, bersamaan 3.05 meter sesaat.  Boleh tahan..
 

#5. Manusia yang sihat kentut kira-kira 14 kali sehari. Secara purata, ia boleh menghasilkan setengah liter gas sehari.     


#6. Kentut selalunya dilepaskan pada waktu malam semasa tidur. Harap-harap pasangan anda tidak terganggu dengan fakta ini..hehe..


#7. Makanan yang membuatkan anda lebih terkentut adalah brokoli, kubis bunga, telur, daging merah, produk tenusu, bawang putih dan makanan yang tinggi yis.


#8. Lelaki kentut lebih kerap berbanding wanita tetapi kentut wanita lebih busuk daripada kentut lelaki kerana kandungan hidrogen sulfida yang tinggi. Walaupun wanita dan lelaki menghasilkan jumlah angin yang sama banyak, kajian yang dijalankan oleh Dr. Levitt mendapati bahawa kentut perempuan mengandungi kepekatan hidrogen sulfida yang lebih tinggi. Sebab itu kentut mereka lebih berbau busuk..Jangan tak mengaku pulak yer..huhu..


#9. Bagi sesetengah orang mereka tidak mengakui yang kentut mereka busuk seperti orang lain kerana mereka telah terbiasa dengan bau dari badan dan organ tubuh mereka. Biasalah siapa nak mengaku kentut sendiri bau bangkai kann!..kikiki..


#10. Tahukan anda menyedut kentut boleh menjadi sihat!. Penyelidikan membuktikan bahawa menghidu sejumlah kecil hidrogen sulfida boleh memulihkan kerosakan mitokondria dan membantu mengelakkan strok, demensia, kanser, dan serangan jantung. Jadi, silalah bau kentut kawan-kawan serta insan-insan yang tersayang yer!..:)


#11. Kentut adalah lebih kuat jika otot dubur lebih ketat.


#12. Mayat manusia kentut dan sendawa walaupun selepas 3 jam selepas kematian mereka.


#13. Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun dan 9 bulan, gas yang dihasilkan cukup untuk mewujudkan tenaga bom atom. Wow!


#14. Kentut tidak boleh menjadi sebab untuk anda berasa malu kerana ia merupakan salah satu tanda yang anda mempunyai sistem penghadaman yang sihat. Jadi, jangan malu tapi jangan jadi muka tak malu kentut bersepah yer..:)


#15. Di China terdapat pekerjaan sebangai "Penghidu Kentut Professional" yang berpendapatan $50.000 bagi mengesan bau kentut untuk mendiagnosis penyakit.  Ko mampu??..


#16. Di zaman Rom Purba, Maharaja Claudius, bimbang amalan menahan kentut boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, beliau telah meluluskan undang-undang yang membenarkan untuk kentut dalam sesebuah upacara jamuan bertujuan untuk memecahkan angin. Bersangka baik ok..:)


 #17. Orang-orang dari suku Yanomami Amerika Selatan menyambut satu sama lain dengan kentut yang kuat dan mesra.


P/S : So buang tanggapan buruk tentang kentut ye, tapi kita masih ada adab sopan. Bila nak kentut tu silalah tengok kiri dan kanan dulu k.. :) 

Sumber : Pinterest 
Dikuasakan oleh Blogger.