10 Bandar yang paling merbahaya di dunia 2017
Berikut adalah senarai 10 buah bandar yang paling merbahaya di dunia untuk dilawati oleh pelancong pada tahun 2017
San Pedro Sula, Honduras
Biarpun gambar pemandangan bandar ini nampak berseri dan berwarna warni. Bandar ini adalah bandar yang paling merbahaya di dunia. Ianya dilaporkan bandar yang mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi di dunia. Kadar pembunuhannya adalah 170 setiap100000 orang. Ini adalah kerana kegiatan geng penjualan dan penyeludupan senjata api yang berleluasa di sini.
Kabul, Afganistan
Kabul kini diambang perang dan tidak lagi selamat untuk dilawati. Kita dikatakan menuju ke arah perang dunia ke tiga apabila negara-negara Islam menjadi tempat pertumpahan darah. Kini giliran Kabul pula menerima nasib yang sama.
Acapulco, Mexico
Acapulco adalah antara bandar yang mempunyai pantai yang cantik dan permandangan yang indah di dunia perlancongan. Jika kita lihat dari gambar di atas kita pasti tidak menyangka bahawa bandar ini telah dianggap sebagai salah satu dari bandar yang merbahaya kepada pelancong. Sebenarnya bandar ini penuh dengan jenayah dan pembunuhan. Sindiket pengedaran dadah jenis heroin sangat berleluasa. Penculikan juga sudah menjadi salah satu budaya di mana kini target mereka adalah pelancong-pelancong. Pembunuhan berlaku sewenang-wenangnya biarpun di tempat awam atau di hotel, resort dam tempat tumpuan pelancong.
Rio de Janeiro, Brazil
Rio de Janeiro adalah bandar yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong, namun pada tahun ini ianya telah diisytiharkan sebagai bandar yang merbahaya kepada pelancong kerana kegiatan mafia yang semakin menganas. Kadar pembunuhan, rompakan, rasuah, masalah politik dan pengedaran dadah yang meluas menjadikan bandar ini amat merbahaya untuk di kunjungi.
Ciudad Juarez, Mexico
Selama lebih 20 tahun, masalah jenayah semakin meninggi di bandar ini. Jenayah pembunuhan, dadah dan rogol adalah sesuatu perkara yang biasa berlaku setiap hari.
Guatemala City, Guatemala
Pembunuhan berlaku sewenang-wenangnya. Pembunuhan boleh berlaku biarpun kerana hal kecil saja. Geng jenayah memegang sesetengah kawasan. Perang dadah berleluasa. Kanak-kanak di sana seperti sudah biasa melihat kejadian pembunuhan di depan mata. Dikatakan pencetus kepada kadar jenayah di bandar ini kerana separuh dari rakyatnya hidup dalam kemiskinan. Kajian mengatakan bahawa lebih 60% dari rakyatnya memiliki senjata api.
Caracas, Venezuela
Caracas telah dinobatkan sebagai bandar yang paling merbahaya di dunia. Kegiatan rasuah yang berleluasa di kalangan orang-orang kerajaan membuatkan bandar ini seperti tiada undang-undang. Tiada pengawasan langsung dari pihak polis membuatkan penjenayah dan geng-geng melakukan jenayah sesuka hati mereka. Kadar pembunuhan meningkat dari hari ke sehari. Penjualan dadah berlaku sewenang-wenangnya. Mereka malah mudah saja mengeksport dadah ke negara-negara lain.
Baghdad, Iraq
Baghdad tidak pernah aman. Puak bom berani mati ada di merata-rata. Perang antara sesama saudara Islam, ahli parti politik yang tidak pandai mengawal keadaan, rasa tidak puas hati dan dendam terhadap orang luar sangat menebal. Penculikan telah menjadi perkara normal. Bom di sana sini. Tempat ini diistiharkan tidak selamat langsung untuk pelancong.
Karachi, Pakistan
Karachi telah menjadi pusat ancaman terrorist, perang antara pihak sunnah dan syiah, kancah politik dan penculikan. Banyaknya kejadian bom berani mati di tempat-tempat awam menjadikan Karachi salah sebuah bandar yang berbahaya kepada pelancong.
Ada berani travel ke bandar-bandar di atas? Boleh aje..travel at your own risk kata mereka.
Info dari pelbagai sumber di Internet. Wallahualam.
Leave a Comment