Wajib ke mercun di Hari Raya?


Islam tak suruh kita membakar mercun di malam raya mengganggu jiran & membazir, tapi Islam suruh kita perbanyakkan takbir membesarkan Allah. - Ustaz Azhar Idrus

Aku bukan alim sangat tapi aku cukup meyirap dengar bunyi mercun pada Hari Raya atau Deepavali. Hairannya aku tak sakit jiwa pula bila time Kong Xi Fat Chai. Mungkin sebab itu tradisi Cina. Mercun cina pulak jenis mahal, takdelah annoying sangat.  Mercun melayu kenapa kuat sangat hah? Boleh kena heart attack aku. Dahlah ada bela kucing banyak. Kucing pulak takut dengar dengar bunyi kuat. 

Meh tengok statistik kemalangan yang terjadi kerana mercun...so sorry kalau korang rasa wajib untuk pasang mercun setiap hari Raya. Setengahnya bermain tak ada adab. Tengah-tengah malam gebedommmm...tak patutlahkan? Lagipun bahaya ma.... :(

SABTU, 10 JUN 2017 -- Buta akibat mercun
KLUANG: Mata kanan seorang pelajar Tingkatan Dua mungkin buta, selepas mercun padi yang dibakarnya meletup. Kejadian menimpa Faizul Fitri Mamasu, 14, kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu itu mulai viral di media sosial malam tadi apabila kisahnya yang hilang penglihatan dimuat naik ke Internet. --bharian 

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/wajib-ke-mercun-di-hari-raya.html


Oct 1, 2014 Budak 9 Tahun Putus Tangan Akibat Mercun
Kejadian jam 5 petang semalam meninggalkan akibat yang amat dahsyat kepada kanak-kanak terbabit kerana dia mungkin kehilangan pergelangan tangannya kerana kecederaan yang terlalu parah. --mynewshubcc ( gambar ngeri melampau tanak share sini :(

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/wajib-ke-mercun-di-hari-raya.html

KUANTAN 13 Jun  Kanak-kanak cedera di mata akibat mercun bola
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Gambang dekat sini cedera di kedua-dua belah mata akibat bermain mercun malam semalam.
 Difahamkan, Muhammad Fa­rish Idrus Syamsul yang berasal dari Kampung Belukar mengalami kecederaan itu ketika bermain mercun bola. --Utusan. com

Akibat Bermain Mercun, Tapak Tangan Terbelah, Jari Putus !

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/wajib-ke-mercun-di-hari-raya.html

KUALA KANGSAR, 10 Jun
Seorang kanak-kanak 11 tahun terbelah tapak tangannya manakala tiga jarinya pula putus akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu, mangsa dikatakan tidak sempat membaling mercun itu yang sudah dinyalakan menyebabkan ia meletup di tangan. --SiakapKeli

Banyak lagi kes yang ngeri-ngeri melibatkan kanak-kanak dan insan-insan yang tidak bersalah.

Udah-udahla tu dik...takde pekdah nya main mercun. Buang duit lagi. baik kumpul duit tu beli Playstation. 
Dikuasakan oleh Blogger.