10 bandar yang tercantik di dunia

Berikut adalah bandar-bandar tercantik yang  mendapat undian tertinggi para pelancong di alam internet. Banyak lagi bandar-bandar yang indah di dunia ini tetapi saya kongsikan antara 10 bandar yang sering menjadi topik perbualan dari tourist-tourist yang pernah melancong ke sana.

#Paris, France

Paris adalah ibu negara dan bandar yang paling popular di Perancis. Bandar yang digelar "The city of light" ini adalah antara sebuah bandar pelancongan yang terpopular di dunia. Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong adalah Eiffel Tower, The Louvre, The Grand Palais, The Panthéon, Les Invalides, muzium-muzium, bangunan-bangunan bersejarah yang penuh kesenian antaranya gereja-gereja dan monumen, architecture moden dan kontemporari, Disney Resort dan lain-lain lagi.

Senarai hotel berdekatan Paris


#Bruges, Belgium

Bruges dikatakan bandar yang sangat indah. Ianya dikuniungi lebih dari 2 juta pelancong setiap tahun. Antara tempat tarikan pelancongan di Bruges adalah Belfry & Halle yang terletak di Markt, Basilica of the Holy Blood yang terletak di Burg, Town Hall di Burg, Liberty of Bruges, Groeninge Museum, Memling Museum, Béguinage, Dijver Mansions, Sint-Jansspitaal, Church of Our Lady serta banyak lagi.

#Amsterdam, Netherlands

Amsterdam adalah antara bandar yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Di sini terdapat lebih dari 40 buah muzium, tempat-tempat hiburan, teater-teater, bangunan-bangunan bersejarah, terusan-terusan, rumah-rumah bot yang menarik perhatian tourist. Antara tarikan popular pelancong di Armterdam adalah The Rijksmuseum, muzium ini mempamerkan koleksi seni antik yang rare. Tempat lain yang harus dilawati jika berada di Armsterdam adalah The Anne Frank Museum, The Van Gogh Museum, The West Church, The Port of Amsterdam, The Begijnhof, The Royal Palace, muzium-muzium unik, pelik dan tidak ada di bandar lain serta banyak lagi.

Senarai hotel di Amsterdam, Netherlands


#Prague, Czech Republic

Prague adalah ibu kota dan bandar yang terbesar di Chech Republic. Bahasa pertuturan mereka adalah bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Checz, tetapi kebanyakan warga muda dan mereka yang bekerja di dalam industri pelancongan dan perhotelan boleh memahami dan boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris. Jadi jangan risau untuk pergi melancong ke sana. Prague adalah antara bandar yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Tripvisor meletakkan Prague sebagai tempat ke 6 tertinggi bandar yang paling popular dan paling banyak dikunjungi oleh tourist dari seluruh dunia. Antara tempat-tempat menarik yang harus dilawati ketika berada di Prague adalah Petrin Hill, Charles Bridge, Prague Castle, Prague zoo, Vyšehrad, Náměstí Míru, muzium-muzium serta banyak lagi tempat-tempat bersejarah dan bangunan yang cantik dan berseni.

Senarai hotel di Prague, Czech Republic


#Budapest, Hungary

Tempat tarikan pelancongan di Budapest adalah Buda Castle, Fisherman's Bastion, Chain Bridge, Parliament of Budapest, The Széchenyi Medicinal Bath, Matthias Church, Unesco world heritage atau dalam bahasa Hungarynya Hősök Tere, City Park, Opera House, zoo dan taman botani, Citadella, House of terror, The Shoes on the Danube Bank serta banyak lagi tarikan menarik di sini.

Senarai hotel di Budapest, Hungary


#Rome, Itali

Ibu negara Itali yang berusia lebih dari 3000 tahun ini menyimpan banyak kesan sejarah, khazanah dan monumen bersejarah dan berseni serta budaya. Terlalu banyak termpat tarikan di sini. Sudah tentu tidak sah ke Rome kalau tidak berkunjung ke The Colosseum kerana Colosseum dan Rome nama yang tidak dapat dipisahkan. Selain dari Colosseum, tempat lain yang mendapat kunjungan jutaan pelancong setiap tahun adalah Trevi Fountain, Vatican City, Roman Forum, The Pantheon, The Spanish Steps, Terme di Diocleziano, Piazza Navona, Foro di Traiano, Baths of Caracalla serta banyak lagi.

Hotel di sekitar bandar Rome di Itali


 #Venice, Itali

The Grand Canal dan gandolanya adalah tarikan utama di Venice. Bandar ini dikelilingi 118 buah pulau. Terusan memisahkan Venice dan pulau-pulau yang lain. Bandar ini mempunyai 400 buah jambatan yang menghubungkan Venice dengan pulau-pulau itu. Bandar yang romantik ini kaya dengan bangunan yang cantik dan berseni. Bandar Venice tidak mempunyai sebarang kereta ataupun trak. Pengangkutan utama di sini adalah pengangkutan air.

Senarai hotel di Venice, Italy


#Florence, Itali

Florence adalah ibukota Tuscany, Itali. Ianya dikenali sebegai buaian renaissance kerena monumen, gereja dan bangunan-bangunannya.  Tidak lengkap rasanya ke Florence jika tidak melihat sendiri katedral dan monumen-monumennya. Antara tempat yang  menarik perhatian pelancing di Florence adalah The Duomo, Florence's Cathedral, The Magnificent Uffizi Gallery, The Accademia Gallery, The Magical Bardini Gardens, The Ponte Vecchio, or Old Bridge, Piazza della Signoria: The Political Heart of Florence dan lain-lain lagi.

Senarai hotel di Florence 


#Rio de Janeiro, Brazil

Rio de Janeiro disenaraikan sebagai bandar jenayah pada tahun 2017. Namun bagi pelancong yang pernah melancong ke sana, Rio de Janeiro dikatakan sebagai antara bandar terindah, tarikan utamanya adalah pantai-pantainya yang indah, hiburan malamnya yang begitu meriah serta banyaknya hutan semulajadi untuk di explore. Antara tempat tumpuan pelancong adalah  Christ the Redeemer, Sugarloaf Mountain, Copacabana Beach, Tijuca National Park, Ipanema Beach, Municipal Theater, Escadaria Selarón,Ilha Fiscal, Mirante Dona Marta serta banyak lagi.


Senarai hotel di Rio de Janeiro


#Lisbon, Portugal 

Lisbon adalah ibukota Portugal. Sebagai sebuah bandar pelancongan, Lisbon menarik perhatian ramai kerana kepelbagaian keunikan hiburan serta banyaknya tempat bersejarah dan destinasi percutian menarik yang pasti meninggalkan memori yang indah kepada pelancong. Antara tarikan di sana adalah The Tower of Belem, Rossio Square, Bairro Alto, The Elevador de Santa Justa, Alfama District, Sao Jorge Castle, Rua Augusta Arch serta banyak lagi.

Senarai hotel di Lisbon, Portugal


*Info dan Tips pelancongan dan senarai hotel termurah dan termahal berdekatan bandar pelancongan utama di dunia.
Dikuasakan oleh Blogger.