Syabas Cheong Jun Hoong! Juara Dunia Platform 10m Wanita di Sukan Kejohanan Renang FINA Sedunia di Budapest
Cheong
27 tahun, atlet kelahiran Batu Gajah, Perak telah mengharumkan nama negara
setelah berjaya meraih emas bagi kategori platfom 10 meter wanita di Sukan
Kejohanan Renang FINA Sedunia di Budapest. Beliau mencatatkan 397.50 mata bagi
menduduki tempat pertama, hanya 1.5 mata di hadapan atlet China Si Yajie. Ini
sekaligus memecahkan penguasaan China dalam kategori ini.
Ternyata
beliau amat terkejut dan tidak percaya bahawa beliau adalah juara dalam acara
tersebut setelah diberi tentangan hebat oleh dua peserta China yang bukan
calang-calang hebatnya. Cheong menangis dan berpelukan sesama rakan penerjun
sebelum mencari jurulatihnya, Yang Zhuliang sejurus disahkan sebagai
juara.
Ahad lalu beliau telah meraih pingat
gangsa dalam acara 10m platform seirama bersama pasangannya Pandelela Rinong.
“Oh Tuhan, saya juara dunia!. Ia
umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Ini pingat emas pertama buat Malaysia
dalam Kejohanan Dunia dan ia amat tidak diduga serta sukar dipercayai.
“Saya mengharapkan pingat tetapi saya
tidak menjangka mampu mengalahkan penerjun China.
“Saya hanya fokus kepada diri sendiri
dan hanya melihat papan markah selepas Yajie melengkapkan terjunan terakhirnya,
dan ketika itu barulah saya tahu saya sudah menang,” kata Jun Hoong kepada
pemberita.
Jun Hoong, mempamer terjunan konsisten
untuk mengumpul 397.50 mata, hanya 1.5 mata dibezakan dengan Yajie. Qian sekadar
berpuas hati membawa pulang gangsa menerusi 391.95 mata.
Sedikit latar belakang Cheong Jun Hoong
:-
Tarikh lahir : 16 April 1990
Asal : Batu Gajah, Perak
Tinggi : 153 cm
Berat : 46 kg
Pendidikan : Komunikasi - Universiti
Putra Malaysia
Jurulatih : Yang Zhuliang
Hobi : Bermain piano, menyanyi
Bapanya menghantar beliau untuk belajar berenang pada usia empat tahun
tetapi pada umur sembilan tahun jurulatih selam Zhou Xiyang menjemputnya untuk
mencuba sukan diving.
Dia mengalami kecederaan semasa latihan pada bulan Julai 2015 menyebabkan
dengan kecederaan pada kedua-dua tumitnya kerana terlalu dekat dengan
springboard ketika melakukan terjunan. Kecederaan itu menyebabkan dia tidak
menyertai Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Persekutuan Rusia. Namun kembali
bertanding pada Februari 2016 di acara Piala Dunia di Rio de Janeiro, Brazil.
(Thestar.com.my, 18 Jul 2015; thestar.com.my, 11 Ogos 2016)
Dia dianggap sebagai bersara daripada sukan kerana kecederaan pada tahun
2009. (thestar.com.my, 11 Ogos 2016)
Dia mengalami kecederaan belakang di Sukan Komanwel 2006 di
Melbourne, VIC, Australia. Kecederaan itu memaksa dia terlepas Sukan Asia 2006
di Doha, Qatar.)
Dia mengalami kecederaan pergelangan tangan pada 2005. (Sukan Olimpik RTM, 8 Feb 2007)
Dia mengalami kecederaan pergelangan tangan pada 2005. (Sukan Olimpik RTM, 8 Feb 2007)
Bersama dengan pasangan penyelam Pandelela Rinong, dia memenangi pingat
Olimpik pertama di Malaysia dan pingat perak dalam acara 10m platform seirama
di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro. Ini merupakan pingat perak pertama
Olimpik yang dimenangi oleh atlet wanita Malaysia. (Nst.com.my, 10 Ogos 2016;
thestar.com.my, 29 Jun 2016)
Syabas Cheong Jun Hoong!
Sumber : Utusan Online | FINA
Foto : Google Image
Leave a Comment