Cristiano Ronaldo Lari Dari Cukai?
Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo telah dituduh mengelak cukai sebanyak 13.1 juta (€ 14.7 juta) sejak tahun 2010. Ronaldo menafikan tuduhan tersebut selepas muncul di mahkamah di Madrid.
Pihak Pendakwa Sepanyol menuduh Ronaldo menyembunyikan pendapatan daripada hak imejnya dari dikenakan cukai. Ronaldo hadir di mahkamah di pinggir kota Madrid di Pozuelo de Alcaron tetapi dia enggan bercakap dengan pihak media yang menunggu di luar mahkamah.
Pihak media yang menunggu di luar mahkamah |
Satu kenyataan telah dikeluarkan bagi pihaknya: "Saya
tidak pernah menyembunyikan pengisytiharan cukai saya dan tidak pernah
mempunyai niat untuk mengelak daripada membayar cukai."
"Perbendaharaan
Sepanyol mengetahui seluruh pendapatan saya. Mereka yang mengenali saya
tahu saya meminta penasihat saya untuk memastikan semuanya terkini."
Ronaldo di lihat beredar keluar dari mahkamah |
Ronaldo
terus mengesahkan bahawa masih mengekalkan struktur yang sama untuk hak
imejnya di Real Madrid dari masa beliau di Manchester United.
"Sudah tiba masanya untuk membiarkan sistem keadilan berfungsi, saya harap ada keputusan yang adil. Untuk mengelakkan tekanan yang tidak perlu, saya telah memutuskan bahawa saya tidak akan memberi komen mengenai perkara itu lagi sehingga keputusan dicapai.

Leave a Comment