Halia Makanan Superfood | Manfaat Halia
Halia adalah salah satu makanan superfood yang banyak memberi manfaat terhadap kesihatan kita. Halia adalah tumbuhan berbunga dari keluarga Zingiberaceae yang berasal dari hutan hujan tropika di Asia Selatan. Ia telah digunakan sejak beribu tahun dahulu samada untuk tujuan masakan dan perubatan.
➤ Halia bertindak mengurangkan gejala morning sickness di kalangan wanita hamil. Ia dapat mengurangkan rasa mual dan loya. Di samping itu juga, jika anda terasa mual dan loya ketika menaiki bot. minumlah teh halia untuk menghilangkan rasa mual dan loya yang anda alami.
➤ Halia merupakan agen anti-radang yang kuat. Ia dapat mengurangkan keradangan dan sekiranya anda mengalami sakit sendi halia adalah jawapannya. Banyak
kajian mendapati halia berkesan mengurangkan kesakitan sendi dan ia dapat membantu penghidap
osteoarthritis atau rheumatoid arthritis.
➤ Halia juga membantu kesihatan mulut yang bersih. Ia menghalang pertumbuhan bakteria yang dikaitkan dengan penyakit-penyakit gusi seperti periodontitis dan gingivitis. Selain
mencegah jangkitan bakteria, halia juga telah terbukti berkesan
terhadap jangkitan kulat, seperti Candida Albicans dan lain-lain jangkitan.
➤ Halia membantu melegakan kesakitan otot. Ia adalah kesan daripadan Gingerol di dalam halia. Gingerol mengurangkan keadaan yang menyebabkan kesakitan (keradangan). Satu kajian mendapati bahawa
suplemen halia setiap hari selama 11 hari menyebabkan sekitar 25 peratus
pengurangan kesakitan otot selepas melakukan aktiviti sukan. Walaupun halia boleh mengurangkan kesakitan otot, namun ia juga tetap mengambil masa.
➤ Halia meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi daripada diabetes. Satu
kajian mengenai kencing manis jenis 2 mendapati bahawa hanya dua gram
serbuk halia setiap hari menurunkan gula darah para peserta sebanyak 12
peratus. Ia juga meningkatkan penanda utama untuk tahap gula darah jangka
panjang seperti HbA1c (hemoglobin glikasi), mengakibatkan penurunan 10
peratus dalam masa 12 minggu. Satu
kajian tahun 2006 yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural and
Food Chemistry mendapati bahawa halia juga dapat melindungi terhadap
komplikasi serius diabetes yang tidak diurus, seperti retinopati
diabetes. Kajian ini mengenal pasti lima sebatian halia yang melawan pembentukan sorbitol (alkohol gula) dalam sel darah merah. Penyelidik juga menyarankan halia mempunyai potensi sebagai ubat-ubatan anti-diabetes.
➤ Paras LDL yang tinggi, tahap HDL yang rendah dan trigliserida yang tinggi meletakkan anda pada risiko mendapat masalah jantung yang serius. Satu
kajian yang diterbitkan di Jurnal Perubatan Saudi mendapati bahawa,
dalam percubaan klinikal yang dilakukan di klinik jantung, orang yang
mengambil tiga gram kapsul halia setiap hari dalam tempoh 45 hari,
dapat mengurangkan tahap trigliserida, LDL dan penanda kolesterol lain yang
berbahaya. Kajian pada 2013 mendapati bahawa apabila tikus diberi ekstrak halia selama 30 hari,
LDL, trigliserida, dan jumlah tahap kolesterol menurun. Tahap HDL mereka juga meningkat, menyebabkan penanda kolesterol bertambah baik secara keseluruhannya.
➤ Kesan anti-radang halia boleh melegakan otot dalam lapisan usus dan
membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia baik untuk orang yang mengalami masalah percernaan yang kronik di mana perut mereka mengambil masa yang lama untuk mengosongkan usus kecil mereka. Satu kajian mendapati bahawa hanya satu gram serbuk halia sebelum
makan dapat mempercepatkan proses pengosongan perut sebanyak 50 peratus. Dua kajian pada tikus menerangkan bagaimana ini berfungsi. Penyelidik
mendapati bahawa halia meningkatkan rembesan hempedu dan merangsang
trypsin dan amilase pankreas yang merupakan enzim penting untuk proses pencernaan. Penggunaan halia dan rempah lain yang teratur boleh menyumbang kepada sistem pencernaan yang sihat.
➤ Keradangan dan tekanan oksidatif boleh mempercepatkan penuaan. Sesuai dengan fungsi halia yang mampu melawan keradangan dan antioksidan, ia dapat
membantu kita mengekalkan fungsi kognitif yang sihat ketika usia kita. Satu
kajian mengkaji kesan halia pada wanita pertengahan umur dan mendapati
bahawa pengambilan harian suplemen halia meningkatkan memori dan kesihatan otak.
Jom amalkan halia dalam diet kita seharian!
Leave a Comment