Hati-Hati!! Taktik Terbaru Scammers Perdaya Seorang Wanita. Guna Undang-Undang Takutkan Mangsa

Terbaru seorang pengguna facebook Puan Hasniza telah berkongsi pengalaman beliau hampir di tipu scammer yang menyamar sebagai pengawai mahkamah. Beliau di hubungi oleh individu tersebut dan mengatakan beliau tidak hadir ke mahkamah atas kes hutang kad kredit. Menurut Puan Hasniza, cara mereka berkomunikasi membuatkan beliau percaya dan hampir di tipu. Jom ikuti cerita penuh pengalaman Puan Hasniza. Semoga menjadi iktibar pada kita supaya berhati-hati.

Cerita ini dikongsikan oleh Puan Hasniza Anis di laman fb beliau. Terima kasih atas perkongsian ini puan.

"Ceritanya 2 hari lepas dalam pkul 11 pagi cmtu tengah feeling2 tidurkan Hamka,dapat 1 panggilan dari 07-2212022 & diberitahu dari Mahkamah Tinggi Johor Bharu namanya MOHD SYAFIQ BIN MUSA selaku Admin mahkamah katanya.Dia tanya kenapa saya x datang mahkamah untuk bicara harini...Dah 2 kali surat mahkamah hantar kerumah tp x hadir. Tengah atas katil kot cakap pasal bicara..Mau x terperanjat mak..😱

Katanya sebab kes hutang kredit card Public Bank berjumlah Rm32,800..OMG😱 ...Memang x pernah terfikir langsung lah nk bukak kredit card sejak dari baby lagi...& memang 100% saya nafikan lah...Tambahan lagi bukak kat JB..Rasanya last dulu 3 tahun lepas ada lah pergi JB tu pon trip kolej ke Singapore...Takde pulak nyempat nk ke bank bagai.Pastu dia syak ada pihak pihak ketiga yang dah gunakan maklumat peribadi saya.

Diberitahu lagi kalau kes ni x selesai secepat mungkin saya boleh terima waran tangkap & boleh dpenjara 5 tahun.Nak x nk dia suruh saya pergi report di IPK JB harini juga. Sekarang ada kat Selangor memang tak boleh nak kesana lah..Nak cek kat Public Bank pon x boleh sebab harini Ahad bank sini cuti..Dan lg 1 option dia suruh sy bercakap dengan polis di IPK JB minta diorang faxkan keterangan ke mahkamah sekarang juga...

Terus panggilan tu disambungkan ke IPK JB.. Pelik jugak boleh ke dari Mahkamah sambung ke IPK ..Dia ckp dia ada kuasa untuk sambungkan kesana..Ok Baiklah...

Lepas tu ada seorang lelaki jawab telefon & mendakwa dia Sarjan Chia no badan (RN14136).Dia minta sy beri keterangan tanpa ada sebarang selindung . Saya pon terangkan semua kat Sarjan tu apa yang admin mahkamah tu beritahu tadi.Dia pon semak akaun saya & mengesahkan memang ada pihak ketiga yg pakai maklumat peribadi saya..

Dan lebih terperanjat lagi dia kata saya ada jual debit card saya pada 1 orang lelaki Cina & dah terima habuan sebanyak 10% iaitu RM228.000.Dan sarjan tu cakap dalam akaun saya sekarang ada RM2.28juta dalam masa 2 bulan & dakwa ada berkomplot dalam sindiket dadah & sindiket kongsi gelap. 😱😱

Sarjan tu pesan lagi jangan bocorkan apa2 maklumat pd sesiapa semasa siasatan dijalankan termasuk keluarga,kawan,adik beradik @ sesiapapon sebb boleh disabitkan bawah seksyen 8 1972 akta rasmi.Dia pesan lagi tolong bagi kerjasama untuk cari bukti lebih dalam lagi... & dia tanya ada tak pakai apa2 bank lain & beritahu dengan jujur..Baru nak jawab "ada"suami terus rampas telefon dan secara merta mertanya panggilan dari sana terus diletakkan..Tuttttttttt.....

Bermakna terbongkarlah disitu dari mahkamah lah,sarjan lah,IPK lah,semua cubaan nak mencuri duit dalam bank den...HAMPEH!! Teknik scammer terbaru.

Jangan tanya kenapa saya layan & kenapa saya percaya sebb kata2 diorang buatkan kita akan percaya..Korang tak kena lagi jadi sentiasa beringat.Tambah lagi mmg tak dinafikan saya memang mudah percaya cakap orang a.k.a lurus..Dah jangan ditanya lagi.

Suami pon dah telefon no yang diorang buat panggilan tu,& memang betul tu no fon mahkamah tinggi Johor.Diorang pon cakap dalam 2 minggu ni ramai yang report kes yang sama jalan cerita yang sama cuma amount nya berbeza.Scammer curi line mahkamah.

Dan report polis dah dibuat,polis pon dakwa bukan perempuan je yang kena ,lelaki sado,driver lori,ejen hartanah,tauke kedai pon dah terkena sampai semua duit dalam bank 0..No tel Bukit Aman pon dah diorang berjaya curi.Ayat2 diorang mmg power & lakonan menjadi. (Padahal no badan polis,segala akta2 tu habis diklentongnya.).


Harap tak ada sapa lagi yang jadi mangsa.

Sentiasa hati2 dengan manusia tamak nak cari duit cepat ni.Yang wanita bekerjaya tu ckp je surirumahtangga jgn dedahkan maklumat peribadi pada org yg kol kita x kenal..Tambahan dia dah ada alamat lengkap kita semua...Pesan juga pada mak ayah kita kat kampung jangan nnti duit tabung haji pon dikautnya....

Boleh tgok video bawah ni antara perbualan saya dengan sarjan pembongak ni.


https://kongxie.blogspot.my/2017/08/hati-hati-taktik-terbaru-scammers.html
Dikuasakan oleh Blogger.