Ijoy saman stesen TV AlHijrah


 Sumber Foto : Google Image

SYARIKAT penggambaran milik Ijoy, suami kepada pengacara dan pelakon, Sharifah Shahirah memfailkan saman terhadap syarikat penyiaran televisyen AlHijrah Media Corporation (AlHijrah) menuntut pembayaran kerja produksi yang tertunggak berjumlah RM265,600.

M A Pictures Sdn Bhd (M A Pictures) yang dimiliki Ijoy atau Zulkifly Azahari sebagai plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan AlHijrah sebagai defendan melalui Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Berdasarkan tuntutan, plaintif mendakwa pada sekitar 2015, defendan memberikan penerangan kepada plaintiff cadangan menyediakan khidmat rakaman program rancangan televisyen ditaja Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu rancangan bual bicara, Maqasid Syariah- PNB untuk 26 episod.

Plaintif mendakwa, atas permintaan AlHijrah, M A Pictures menghantar sebut harga sebanyak RM265,600 iaitu perkhidmatan kerja produksi yang bertarikh 29 Oktober 2015, bagi tujuan rakaman program itu.

"Al Hijrah menerima tawaran M A Pictures untuk membuat kerja produksi dan menyiapkan program itu sehingga selesai serta menyerahkan semua program itu kepada defendan.

"Program itu yang disiarkan mendapat sambutan baik, namun defendan gagal membayar fi perkhidmatan kerja produksi berjumlah RM265,600," menurut penyataan tuntutan itu.

Sehubungan itu, M A Pictures menuntut bayaran sebanyak RM265,600 yang tertunggak, ganti rugi am, ganti rugi teladan, kos tindakan dan faedah.

Bagaimanapun, Ijoy dan isterinya itu tidak hadir ke mahkamah atas urusan kerja dan mewakilkan peguam Yusfarizal Yussoff.

Sumber  
Dikuasakan oleh Blogger.