Lelaki ini menderita sakit bertahun, rupanya ini yang ada dalam paru-parunya


Lelaki bernama Wang ini telah menderita batuk sejak berusia 5 hingga 6 tahun lagi. Akhir-akhir ini batuknya menjadi semakin kronik sehingga mengeluarkan darah. Selama 20 tahun dia menderita akibat sakit, rupa-rupanya ini penyebabnya.

Dia yang tidak pernah berjumpa doktor, menahan sakitnya sendirian tetapi akhirnya berjumpa doktor apabila batuknya mula mengeluarkan darah.

Tidak disangkanya setelah diperiksa oleh doktor, doktor mengatakan bahawa sakitnya adalah kerana objek asing yang terlekat di paru-parunya. Benda asing itu telah menghalangi sistem pernafasannya, yang akhirnya menyebabkan kesukaran  untuk  bernafas.


Rupanya benda asing itu adalah penutup pen sepanjang 3 cm. Apabila ditunjukkan oleh doktor barulah Wang teringat bahawa semasa kecil dia pernah tertelan penutup pen. Tidak disangkanya kerana penutup pen itu hidupnya terseksa selama lebih 20 tahun.


Ngerikan? Sebab itulah kalau sakit berulang dan tidak sembuh-sembuh kenalah berjumpa doktor. Macamanalah dia boleh tahan sakit sampai 20 tahun tanpa berjumpa doktor, kan? Awasi anak-anak kecil anda sewaktu bermain. Pastikan mainan mereka tidak membahayakan. Jangan lalai ya, ibu dan ayah!
Dikuasakan oleh Blogger.