Review dan Rekomendasi Drama Korea Best | The King Loves 2017


Sebenarnya sejak habis menonton drama Suspicious Partner hari tu, aku hadapi hari-hari yang membosankan. Susahnya nak move on lepas tonton 1 drama yang betul-betul best. Mujurlah aku ketemu drama The King in Love 2017 atau tajuk lainnya The King Loves.

Hari-hariku kembali ceria tapi masalahnya drama ni belum habis. Selalunya aku bagi drama tu habis complete baru aku tonton tapi aku expect drama ni drama bodoh macam drama-drama lain. Nak test je la konon...Terbabit uwaaa.

Drama The King in Love ini diterbitkan pada tahun 2017 dan dibintangi oleh Im Shi Wan, Im Yoon Ah, Hong Jong Hyun, Park Hwan Hee, Oh Min Suk dan lain-lain. Drama ini drama historical zaman Goryeo berkisar pada kisah-kisah raja dan tahta pada masa lampau. Iyalah kalau drama zaman tu normally komplot-komplot jatuhkan raja, pasal anak raja pasal apa lagi kan? Tapi setiap drama berbeza biarpun plotnya sama.

The King in Love berkisar tentang 2 sahabat karib, iaitu crown prince yang humble dan suka menyamar sebagai rakyat biasa ( Won )  dan seorang lelaki yang juga berketurunan raja yang merangkap best friend, partner in crime dan bodyguardnya. ( Wang Rin ). Mereka sedari kecil sering menyelinap keluar dari istana untuk berlibur dan melihat kehidupan rakyat jelata yang sebenar. Semasa dalam penyamaran mereka terserempak dengan perompak yang berkomplot dengan pembesar negara dan keluarga diraja untuk membuat jahat kepada keluarga menteri kewangan ( manusia paling kaya selepas raja waktu itu ).

Semasa kecelakaan itu berlaku, ramai yang telah terbunuh dan mereka terjumpa dengan anak dara menteri itu. ( Eun San ) Mereka menyangkakan anak menteri itu adalah pembantu rumah. Namun cinta tidak mengenal usia dan status. Mereka dua-dua jatuh cinta pandang pertama kepada gadis itu biarpun ketika itu mereka masih kecil.

Apabila telah dewasa Eun San membesar sebagai pembantu rumah untuk menutup identiti sebenar dirinya. Mereka bertemu lagi. Won dan Wang Rin sekali lagi jatuh cinta apabila terpandang gadis itu tanpa mengetahui gadis itu siapa. Namun Won yang geliga otaknya cepat menangkap bahawa gadis itu adalah gadis yang ditemuinya semasa kecil. Maka bermulalah cinta 3 segi antara mereka. Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Tontonlah sendiri :)


Yang menariknya drama ini adalah tentang keakraban friendship antara Won dan Wang Rin di mana dua-dua sanggup berkorban apa saja demi satu sama lain. Saksikanlah bagaimana Wang Rin melawan perasaannya dari terus ada rasa cinta terhadap Eun San kerana tahu Won terlalu cintakan gadis itu dari kecil tetapi dalam masa yang sama terpaksa menjaga keselamatan gadis itu atas arahan Won.

Di masa yang sama Eun San yang kagum dengan bromance mereka cukup berhati-hati dalam tindakan kerana tidak mahu melukakan hati kedua-dua lelaki yang memang manusia yang baik hati itu biarpun berdarah raja.

Bestnya lagi drama ini adalah tentang Crown Prince yang bijak dan tidak mudah diperalatkan oleh orang lain. Selalunya Crown Prince yang kita tonton adalah jenis anak raja yang mudah dibuli, penakut, tidak boleh bersuara dan berfikir sendiri. Tetapi drama ini menonjolkan putera mahkota yang bijak dan berani melawan demi keselamatan orang-orangnya. Memang menarik dan tidak sabar untuk menonton hingga ke akhirnya.

Semasa review ini dibuat aku masih stuck di episod 20 masih ada lagi 20 episod yang harus aku tunggu setiap minggu. Omg seksanya menunggu.

Highly recommended!!
Dikuasakan oleh Blogger.