Review Filem Hollywood: Filem terbaik lakonan Keanu Reeves John Wick Part 1 & 2


Pasti ramai peminat Keanu Reeves di sini kan? Saya salah seorang peminat tegar Keanu Reeves. Tidaklah fanatik sangat tetapi saya saya konfiden dengan filem lakonan Keanu Reeves. Naluri saya macam dah tahu-tahu je kalau filem Keavu Reeves mesti best. Mari tengok review filem John Wick.

#John Wick ( 2004 )

Filem action ini mengisahkan seorang bekas pembunuh upahan profesional bernama John Wick yang cuba mengubah cara hidup dari seorang pembunuh kepada manusia normal. Dia dambakan hidup aman dan berbahagia bersama isterinya tetapi malangnya isterinya mati kerana sakit dan menghadiahkan seekor anak anjing buat peneman John Wick selepas kematiannya. 

Kisah bermula apabila John dipaksa untuk kembali kepada dirinya pada suatu masa dulu apabila anak anjing hadiah dari isterinya dibunuh oleh anak mafia besar hanya kerana anak mafia itu berkenan dengan kereta John Wick. Anak Mafia itu tidak tahu menahu bahawa lelaki yang dikacaunya itu adalah John Wick seorang legend pembunuh upahan yang terkenal dikalangan oldtimer. 

Mafia tersebut merasa takut apabila mendengar anaknya mencari pasal dengan John Wick. Biarpun jauh di sudut hatinya, dia sudah pasti anaknya akan mati dia masih cuba sedaya upaya untuk membunuh John Wick terlebih dahulu dengan menghantar ramai pembunuh untuk membunuh John Wick dan menawarkan wang jutaan ringgit kepada semua pembunuh-pembunuh upahan dunia supaya menghapuskan John Wick. Berjayakah mereka? Saksikanlah sendiri.

Pendapat saya filem ini sangat menarik. Selain dari babak aksi yang mabeles, kita didedahkan dengan cerita disebalik organisasi besar pembunuh upahan dunia. Mereka punya hotel, matawang, servis penghapus bukti serta undang-undang sendiri. Di mana ada rule yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat biarpun mereka pembunuh. Memang best sekali filem ini. Sesuai untuk semua jantina dan umur. Tiada adegan melampau cuma aksinya ada yang agak ganas. 

SUPERB! WAJIB TONTON, RUGI KALAU TAK TONTON

Tengok trailer John Wick di bawah 


#John Wick Chapter 2 ( 2017 )

John Wick Part 2 adalah sinambungan kepada part 1.  Kali ini John Wick yang telah bersedia untuk hidup aman damai dipaksa untuk kembali semula oleh geng lama untuk melakukan tugasan yang tidak boleh ditolak. Ini kerana John Wick pernah berjanji untuk menolongnya suatu masa dulu. Kali ini penjahat itu menagih janji dari John Wick. 

Seperti Filem John Wick 2004, filem ini juga memaparkan aksi yang mendebarkan dada. Mabeles memang mabeles cuma jalan ceritanya tak sesedap part 1. Tapi saya suka terutamanya bila John bertemu buku dengan ruas di Rome. Lelaki itu sama tangkas dan cekap seperti John Wick juga. Best memang best. 

WAJIB TONTON

Tengok Trailer John Wick Chapter 2 di bawah


John Wick 3 bakal diterbitkan pada awal tahun 2019. 

WAJIB TONTON DAN TAKKAN MENYESAL, GERENTI!!
Dikuasakan oleh Blogger.