Risau Payudara Kendur? Jom Cuba Petua Tegangkan Payudara Yang Murah dan Semulajadi
Payudara merupakan aset yang penting kepada kaum wanita. Walaupun kita di kurniakan dengan bentuk payudara yang berbeza namun kita harus bersyukur dan menghargainya. Ambil berat tentang kesihatan payudara serta perubahan-perubahan yang berlaku ke atas payudara anda. Antara masalah yang sering di kaitkan dengan payudara adalah masalah payudara kendur. Antara punca payudara kendur ialah :-
➠ Dehidrasi - Dehidrasi menyebabkan tubuh hilang keanjalan termasuklah kawasan payudra anda. Jadi minumlah air secukupnya ya!
➠ Bra Yang Salah - Pemilihan bra yang tepat memang membantu penjagaan payudara anda. Pemakaian bra yang longgar menyebabkan payudara tidak di sokong dengan baik dan lama kelamaan ia akan menjadi kendur. Jadi pilihlah bra yang tepat sesuai dengan saiz payudara anda dan juga elakkan pemakaian bra yang ketat kerana ia menyebabkan payudara anda tidak bernafas dengan baik.
➠ Penurunan Badan Yang Drastik - Bila berat anda turun dengan drastik akibat diet yang ekstrim tubuh akan menjadi lembik dan tidak anjal. Oleh itu, penting mengamalkan diet yang sihat serta senaman yang betul untuk mengencangkan otot-otot tubuh.
➠ Posisi Tidur Yang Salah - Posisi tidur meniarap tidak baik untuk payudara kerana ia akan menyebabkan payudara kendur. Payudara akan tersepit dan terhempap dengan tubuh sendiri. Tidur telentang adalah posisi yang paling baik kerana ia boleh menjaga bentuk payudara.
Walaupun banyak teknologi serta produk untuk menegangkan payudara di pasaran namun kita tidak tahu tentang kesan sampingan kandungan kimianya terhadap tubuh kita. Oleh itu lebih selamat mencari alternatif secara semulajadi untuk membantu menyelesaikan masalah payudara kendur ini. Jom lihat petua mudah dan murah untuk tegangkan payudara yang kendur.
MINYAK ZAITUN
Urut payudara anda dengan menggunakan minyak zaitun dalam gerakan menaik selama
20 minit dan lakukan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
KETULAN AIS
Urut payudara anda dengan menggunakan 2 ketulan ais. Urut secara membular selama seminit. Kemudian keringkan payudara. Pakai bra yang betul dan dan baring dalam keadaan tegak dan biarkan selama setengah jam. Ais dapat membantu menegangkan payudara.
TIMUN, KUNING TELUR DAN BUTTER
Kisar timun, kuning telur bersama 1 sudu teh mentega. Sapukan pes ini pada payudara dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air. Ramuan ini membantu menaikkan payudara.
ALOE VERA
Ambil lendir daun aloe vera dan urut payudara anda dalam gerakan membulat. Ia membantu menganjalkan payudara jika di amalkan secara teratur.
Mudahkan???.. Selamat mencuba!...😀😁
Leave a Comment