Tips Kecantikan Mudah : Khasiat Kegunaan Hampas Teh Untuk Kecantikan | Jangan dibuang hampas Teh


Dari menghabiskan duit membeli produk yang mahal-mahal, apekata kita cuba petua-petua dan tips-tips mudah kecantikan dari barangan dapur. Dahla cost effective, bebas dari bahan kimia yang membahayakan pula. Mari lihat bagaimana hampas teh membantu untuk membuat kulit kita cantik jelita dan flawless secara semulajadi.

#1. HAMPAS TEH UNTUK MASK AWET MUDA DAN MENEGANGKAN KULIT WAJAH
Kandungan antioksida yang tinggi di dalam teh membantu untuk melawan tanda-tanda penuaan serta menegangkan kulit.

Caranya mudah saja. Hanya sapukan hampas teh yang masih lembab itu ke wajah anda dan biarkan ia kering sendiri. Kemudian basuh dengan air.



#2. HAMPAS TEH UNTUK MENGHILANGKAN MATA PANDA/LINGKARAN MATA GELAP/MATA SEMBAB DAN MENYEGARKAN MATALetakkan teh uncang yang telah digunakan ( tanpa guna dan susu ) ke dalam peti ais. Sejukkan sebentar dan tekapkan ke mata. Pejamkan mata dan relax selama yang boleh atau sehingga teh uncang itu kering.

#3. HAMPAS TEH UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT
Dah cuba pelbagai produk tapi masih gagal? Apakata cuba oleskan hampas teh terpakai ke bahagian berjerawat atau ikut step 1# jadikan hampas teh sebagai mask. Cuba lihat hasilnya.

Cara kedua : Teh uncang terpakai letakkan ke dalam peti ais sebentar. Sapukan ke muka beberapa minit. Biarkan ia meresap sebentar ke dalam kulit kemudian bilas dengan air bersih.


#4. HAMPAS TEH SEBAGAI SKRUB
Jadikan hampas teh terpakai sebagai skrub. Dari dibuang lebih baik sapukan ke bahagian muka, badan dan leher semasa mandi. Sapukan ke bahagian yang anda inginkan kemudian skrublah menggunakan hampas teh tersebut. Pastinya amalan ini dapat menjadikan kulit anda cantik dan flawless selalu.

Cubalah ok? Kita semua tahu daun teh mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Selain dari mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, dauh teh juga mengandungi polifenol yang 100 kali lebih efektif dari vitamin c dan dan 25 kali lebih efektif dari vitamin E. Kita semua tahu vitamin C dan e adalah sangat diperlukan untuk kulit yang cantik berseri dan awet muda yang berkesan.



Ada pelbagai lagi cara untuk mendapatkan kulit halus mulus, awet muda dan cantik flawless dengan hampas teh. Mari lihat cara yang lain pula.

1# Serbuk teh atau hampas teh untuk kulit yang lebih menawan

Ambil hampas teh @ keluarkan hampas teh terpakai atau yang teah direndam dalam air. Keluarkan dari uncang. Campurkan dengan air lemon dan madu asli. Letakkan pada wajah 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

2# Mask Serbuk teh atau hampas teh untuk anti penuaan ( awet muda )

Campurkan 3 sudu teh yogurt, serbuk teh atau hampas teh dan sedikit serbuk kunyit. Gaulkan sebati dan jadikan mask. Biarkan sehingga kering kemudian bilas menggunakan air bersih.


3# Ketulan air batu teh untuk wajah kekal segar, wajah lebih tegang dan muda serta lebih cerah dan membantu masalah jerawat.

Rendam teh ke dalam mangkuk atau teko. Tunggu sejuk kemudian letakkan ke dalam bekas air batu. Apabila telah jadi air batu, keluarkan dan sapukan ke wajah dan mata setiap hari.

Selamat mencuba!!
Dikuasakan oleh Blogger.