Menarik dan Unik | Oleh kerana cuaca terlalu panas seluruh penduduk bandar tinggal di bawah tanah


Oleh kerana cuaca panas yang extreme penduduk di sini menggali tanah dan tinggal di bawah tanah. Perumahan ini lengkap dengan kolam renang, kedai buku, kedai permata, gereja, kasino, pub, restoran, supermarket, air terjun dan hotel. Menarik betul.


Coober Pedy terletak di sebelah utara Australia Selatan. Populasi penduduknya berjumlah 1,695 orang. Bandar ini digelar sebagai bandar Opal kerana terdapatnya aktiviti perlombongan Opal yang bermutu tinggi di sini.


Cuaca di Coober Pedy adalah terlalu panas sehingga burungpun boleh jatuh mati secara tiba-tiba. Manusia juga ramai yang mati akibat cuaca yang terlalu panas. Suhunya mencapai 125f di tempat teduh menjadikan penempatan di atas tanah tidak lagi sesuai di sini. Lalu mereka bertindak membina sebanyak 1500 biji rumah di bawah tanah.


Oleh kerana di sini adalah tempat perlombongan Opal yang paling bermutu di dunia, Coober Pedy menjadi tempat tarikan pelancong. Jadi mereka bertindak membina hotel di bawah tanah juga. Kebanyakkan penduduk yang tinggal di sini adalah pelombong opal.


Mari tengok bandar hiasan dan kemudahan yang ada di bandar bawah tanah ini.


Video 1


Video 2

Menarik, bukan? Tradisi tinggal di bawah tanah telah wujud di sini semenjak 100 tahun lagi. Kini 1 bandar telah menginap di bawah tanah tanpa perlukan penghawa dingin. Tempat ini mendapat banyak kunjungan pelancong setiap tahun. Mungkin boleh dijadikan bucket list anda untuk melancong pada masa depan.
Dikuasakan oleh Blogger.