Pelakon Popular Hollywood Jennifer Lawrence adalah seorang yang sangat baik hati


Kenalkah korang dengan Jennifer Lawrence? Kalau Katniss kenal tak? Ada tak peminat Katniss di sini?

Mari berkenalan serba sedikit dengan Jennifer Lawrence terlebih dahulu

Jennifer Shrader Lawrence adalah seorang pelakon Amerika. Filem-filemnya telah mencatatkan lebih $ 5.5 bilion di seluruh dunia, dan dia adalah pelakon yang mendapat bayaran tertinggi di dunia pada 2015 dan 2016.

Lahir pada 15 ogos 1990 di Kentucky United States.

Antara filem lakonannya adalah The Hunger Games, Silverlining Playbook, American Hustle, The Passengers dan banyak lagi. Jennifer Lawrence memenangi anugerah pelakon wanita terbaik untuk filem Silverlining Playbook dan memenangi banyak lagi award. Sememangnya dia seorang pelakon yang handal dan hebat.

Jennifer Lawrence sememangnya seorang wanita yang sangat sempoi dan kelakar. Aksi bersahajanya di dalam semua upacara penting di Hollywood sentiasa mengundang gelak ketawa wartawan dan peminatnya. Hobinya yang paling ketara adalah makan.



Jennifer Lawrence tidak mengalakkan diet kerana dia ingin menjadi inspirasi kepada kanak-kanak. Dia sedia maklum bahawa di Hollywood dia dikategorikan sebagai artis yang gemuk tetapi dia bertegas untuk tidak akan diet untuk mendapatkan apa-apa watak. Dia tidak ingin kanak-kanak melihatnya dan berfikir, mereka hendak menjadi Katnis jadi mereka perlu skip makan malam. Dia inginkan badan yang kuat dan sihat dan bukannya kurus kering dan nampak tidak bermaya.


Di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah persahabatan antara Jennifer Lawrence dan teman baiknya yang menyentuh hati. Dari cerita ini anda akan faham mengapa saya mengatakan bahawa Jennifer Lawrence adalah wanita yang baik.


Semasa Jennifer Lawrence berusia 14 tahun ( sebelum dia terkenal ), dia adalah seorang gadis yang paling popular di sekolahnya.

Di sekolahnya dia berkawan baik dengan seorang pelajar lelaki bernama Andy Strunk yang mengidap penyakit Down Syndrome.  Jennifer menjaga Andy dengan baik. Dia telah mengundi Andy sebagai pelajar lelaki paling popular. Ibu bapa Andy bimbang sekiranya Andy mendapat malu dan dibuli oleh kanak-kanak lain tetapi Jennifer memberi jaminannya. Sebagai pelajar yang paling popular di sekolah itu, Jennifer sendiri menjalankan kempen kepada semua supaya mengundi Andy. Akhirnya Andy telah menang dan menjadi pelajar lelaki paling popular.

Setiap kali Jennifer Lawrence memenangi anugerah Andylah manusia yang paling bahagia dan berteriak keseronokkan mengatakan kawan baiknya menang. Andy menjadi peminat no.1 Jennifer. Biliknya dipenuhi dengan poster-poster Jennifer dan dia membeli dan menonton semua filem lakonan Jennifer.

Hingga kini biarpun Jennifer telah berjaya mereka masih lagi berkawan baik. Jennifer masih mengunjungi Andy dan menyambut harijadinya setiap tahun.


Andy dan ibunya menyifatkan Jennifer sebagai seorang yang baik hati dan mempunyai jiwa yang baik. Tidak ramai orang yang sudah terlalu popular sanggup menghabiskan masa bersama orang yang kurang upaya tetapi Jennifer membuktikan yang sebaliknya. Andy dan Jennifer telah bertahun berkawan dan sepanjang persahabatan Jennifer melayan Andy dengan penuh rasa hormat dan melayan Andy dengan baik sekali.

Jennifer menghantar poster kepada Andy meminta Andy supata tidak pernah melupakannya. Dan mengatakan dia menyayangi Andy.

Hebatkan Jennifer Lawrence :)


When I was young, I admired clever people. Now that I am old, I admire kind people. 

Dikuasakan oleh Blogger.