RESEPI MUDAH | CENDAWAN GORENG BEREMPAH RANGUP KRUP KRAP KRUP KRAP
Anak saya memang cukup gemar makan nasi berlaukkan cendawan goreng ni. Tak payah lauk dan kuah lain dah, dia taler cendawan goreng dengan nasi panas je. Bertambah-tambah 4,5 kali, lepas tu minta-minta lagi. Dahsyat penangan cendawan goreng ni.
Tapi anak saya suka yang pedas, air mata meleleh pun dia nak jugak. Cendawan goreng pedas saya cukup simple dan mudah.
RESEPI CENDAWAN GORENG PEDAS CARA KONGXIE ( 3 BAHAN SAJA )
Bahan-bahan
Cendawan Tiram
Tepung ayam goreng pedas bestari
Minyak masak
Cara-caranya
Perap cendawan dengan tepung ayam goreng pedas bestari ( 30 min )
Panaskan minyak.
Ambil cendawan yang telah diperap. Salutkan dengan tepung ayam goreng pedas bestari sekali lagi.
Gorengkan hingga warna keemasan.
SIAP!! Sedap!!
Di bawah pula saya kongsikan resepi CENDAWAN GORENG BEREMPAH by Mak Mertua
oleh CikPuan SitiMasitah ( fb )
BAHAN BAHAN:
Cendawan Tiram secukupnya
BAHAN BANCUHAN:
Tepung beras
Sedikit rempah kari daging
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
Sedikit air kapur (optional)
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
CARA-CARANYA:
1. Basuh cendawan terlebih dahulu. Perah dulu air pada cendawan dan toskan.
2. Satukan bahan bancuhan dalam satu bekas. Bancuh tepung agak agak macam nak buat goreng pisang.
3. Celupkan cendawan satu persatu dalam tepung bancuhan tadi dan goreng sehingga masak/perang keemasan. Angkat dan toskan. Selamat mencuba.
*Resepi ni agak agak saja sukatannya. Kalau cendawan banyak, bancuhlah tepung lebih sikit. Macam nak buat goreng pisang je. Biasa orang tua-tua share resepi pakai mulut saja. Saya share apa yang mak mertua sampaikan.
Selamat mencuba!!
Leave a Comment