Enam Kawasan Catat Suhu Tinggi 35 Darjah Celcius
KUALA LUMPUR 17 Mac: Enam kawasan di
Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celcius dan telah mencapai atau
melebihi paras ambang gelombang haba setakat Rabu.Kawasan terlibat ialah
Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Ipoh dan Lubuk Merbau, Perak, serta Batu
Embun dan Temerloh Pahang.
Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan
berkata keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba, iaitu situasi
yang membawa risiko risiko kesihatan hipetermia atau strok haba dan dehidrasi.
"Cuaca
panas yang dirasai pada ketika ini adalah berpunca daripada fenomena El Nino
kuat. El Nino merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam
tempoh dua hingga tujuh tahun," katanya.
Bagaimanapun,
beliau tidak menyatakan sehingga bila keadaan itu akan berterusan.Justeru
beliau menasihati orang ramai supaya mengehadkan aktiviti luar dan minum lebih
banyak air dan rujuk kepada pakar kesihatan sekiranya mengalami
masalah strok haba.
Wilfred berkata
petunjuk bagi paras ambang gelombang haba di negara ini adalah apabila suhu
tertinggi harian sesuatu tempat mencapai 35 darjah Celsius untuk lima hari
berturut-turut dan melebihi dua darjah Celcius daripada purata jangka panjang
suhu maksimum.
Paras ambang
gelombang haba juga dikesan apabila suhu tertinggi harian mencapai atau
melebihi 37 darjah Celcius untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi kawasan
berkenaan, katanya.
Menurut laporan
Jabatan Meteorologi pada 8 Mac lepas, cuaca panas berikutan fenomena El Nino
yang dialami sekarang diramal kembali normal pada Jun.- Bernama
Sumber
: Bernama | Astro Awani
Leave a Comment