Trend Food Truck Di Malaysia
Telah menjadi trend di negara kita, lambakan trak-trak makanan yang menawarkan pelbagai jenis konsep makanan mengikut citarasa dan idea pemiliknya. Walaupun dihasilkan di dalam trak sahaja, hidangan yang di tawarkan mempunyai kualiti yang baik disamping idea pemasaran yang tersendiri. Jadi tidak hairanlah ia mendapat sambutan baik rakyat Malaysia walaupun mereka terpaksa menjejak sendiri trak makanan ini kerana sesetengah daripada trak-trak ini tidak tertumpu pada satu-satu lokasi sahaja.
Idea yang kreatif, konsep atau strategi pemasaran yang unik dan menu yang menarik menjadikan perniagaan trak makanan ini sebagai satu alternatif kepada para peniaga yang tidak mahu membuka restoran yang pastinya memerlukan modal yang cukup besar.
Jom kita tengok trak makanan yang telah bertapak di negara kita.
1. The Royal Post
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Kepada pencinta kopi, The Royal Post trak ini sememangnya akan membuat anda teruja. Menawarkan pelbagai pilihan kopi seperti latte dan cappucino.I a juga menyajikan makanan seperti sandwich untuk digandingkan dengan kopi anda. Beroperasi sekitar Damansara-Kuala Lumpur, trak bergerak ini tidak menumpukan kepada satu-satu lokasi sahaja. Ikuti instagram dan facebook mereka untuk mengetahui lokasi mereka pada hari tersebut.
Instagram : royalpostcafe
2. The Boys Food
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Menawarkan hidangan seperti pasta, sandwich, burger dan hotdog dengan harga yang cukup berbaloi. Beroperasi di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati setiap hari kecuali Ahad atau cuti umum dari jam 9.30 malam hingga 12.30 pagi.
Instagram : theboysfood
3. Cowboys Food Truck
![]() |
Foto Kredit : Hitz Fm |
Cowboys Food Truck adalah trak makanan menyajikan pelbagai menu burger serta snek ringan, seperti Tacos, Wings, dan hidangan popular mereka iaiitu Chuck Norris Platter. Beoperasi sekitar Subang Jaya atau anda boleh mengikuti Facebook dan Instagram mereka untuk mengetahui lokasi mereka pada hari tersebut.
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Walaupun namanya Little Fat Duck tetapi jangan biarkan ianya mengelirukan anda kerana mereka sebenarnya tidak menjual hidangan itik. Beroperasi di SS15 Subang Jaya, Little Fat Duck menawarkan masakan Perancis & Itali seperti pasta dan chicken confit dengan harga yang berpatutan
FB : Little Fat Duck
Website : www.littlefatduck.com
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Anda boleh melihat Spagme Food Truck kerap di Jalan Dungun, Damansara Heights atau kadang-kadang di Ampang (Wisma MCA) atau Pusat Bandar Damansara. SpagMe pakar dalam spageti goreng dan harganya bermula dari RM6.50. Anda juga boleh memilih ayam, kambing, ikan atau untuk digandingkan dengan spageti goreng anda. Semak facebook mereka untuk mengetahui lokasi mereka pada hari tersebut.
FB : Spagme
6. La Famiglia
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
La Famiglia adalah trak makanan berkonsepkan mafia Itali menawarkan pelbagai menu pasta yang cukup menyelerakan.Hidangan yang wajib di cuba ialah Genovese Carbonara, Colombo Pasta salad dan Lucchese Tuna Pesto. Selalunya dikesan di Jalan Dungun, Bukit Damasara pada waktu pagi dan Subang (SS15) pada waktu malam atau anda boleh memuatturun applikasi mereka melalui AppStore & GoogleApp secara percuma untuk mengetahui lokasi mereka.
FB : La Famiglia
Website : www.lafamiglia.com.my![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Menawarkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa yang sihat dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang boleh di cuba ialah chilli beef nachos dan Moroccan lamb stew. Terkini melalui laman facebooknya, Flaming Wheels telah mengeluarkan menu yang menawarkan pilihan hidangan yang lebih kecil dan juga bagi mereka yang menjaga berat badan. Semak facebook mereka untuk mengetahui lokasi mereka pada hari tersebut.
FB : Flaming Wheels
Website : Flaming Wheels
8. The Burger Shop
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Terletak di Jalan SS15/8A, Subang Jaya, The Burger Shop beroperasi pada jam 6.00 petang sehingga 4.30 pagi dan tutup pada hari Ahad. Menawarkan pelbagai pilihan menu seperti Beef Double Cheese Special dan Hot Dog Double Cheese.
9. Wheeloaf
![]() |
Foto Kredit : www.eatdrink.my |
Wheeloaf merupakan trak makanan bergerak yang menawarkan pastri segar dan sandwich. Trak ini dilengkapi dengan semua kemudahan baking yang diperlukan untuk menyediakan roti yang panas dan segar. Beroperasi sekitar Damansara Uptown, juga ada di Jalan SS21/1A setiap petang. Semak facebook mereka untuk mengetahui lokasi mereka pada hari tersebut.
FB : Wheeloaf
Instragram : Wheeloaf
10. Curbside Cantina
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
Merupakan trak makanan bergerak yang berkonsepkan makanan Mexico. Ia dikendalikan oleh pasangan suami dan isteri, Awangku Irawan aka Tubby dan Noreen Ramli. Menu Curbside Cantina memberi tumpuan kepada makanan Mexico iaitu taco, quesadillas, sandwich seperti cemitas. Bagi pencuci mulut pula adalah churros yang dihidangkan bersama sos coklat. Semak Instagram mereka untuk mengetahui lokasi mereka pada hari tersebut.
Instragram : CurbsideCantinaKL
![]() |
Foto Kredit : www.worldofbuzz.com |
Sebuah trak kopi bergerak yang menawarkan harga berpatutan di samping hidangan sampingan seperti sandwich dan pasta yang cukup menyelerakan. Semak FB mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi mereka setiap hari.
12. Barbarittos Delight
Foto Kredit : Food Advisor |
Di tubuhkan pada 2013, Muhammad Hafiy Mughnie Amran nekad memulakan perniagaan makanan ala Mexico bersama keluarganya yang dikenali sebagai Babarittos Food Truck Malaysia. Beroperasi di luar PV16 Condominium di Danau Kota, Setapak (berdekatan Colombia Hospital). Buka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Terkenal dengan hidangan burrito dan nachos.
FB : Babarittos Delight
Instagram : babarittosmy
13. OMFJ (Oh My Fruit Juice)
![]() |
Foto Kredit : Food Advisor |
OMFJ adalah singkatan dari "Oh My Fruit Juice". Menjual jus buah-buahan segar mereka juga mempunyai pencuci mulut, pastri, sandwich, dan salads. Lokasi di Da:Men, USJ1, Pesiaran Kewajipan, USJ 1.
FB : OHMYFRUITJUICE
Instagram : OMFJ
Leave a Comment