Manfaat Dan Kegunaan Cuka Epal - Apple Cider Vinegar (ACV).
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang
diproses secara “fermentation” dimana gula di dalam air buah epal
dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan
dijual dalam bentuk semula jadi. Cuka epal biasanya digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan di dalam masakan.
Disyorkan jika anda mahu membeli cuka epal belilah jenama “BRAGG” kerana ia
diproses secara organik. Ada juga jenama yang lain seperti jenama
“HEINZ”. Walaupun ianya murah tetapi diragui cara pembuatan tidak semulajadi kerana proses pembuatan cuka memerlukan masa yang lama.
Berikut adalah sebahagian daripada kebaikan yang terdapat didalam cuka epal ini.
Campur 1 sudu ACV dengan 1 sudu cayenne pepper dan 3 sudu madu didalam segelas air suam dan minum.
Cuka mempunyai keasidan yang sama dengan asik hidroklorik, asid yang dihasilkan dalam perut anda yang membantu memecahkan makanan. Campurkan sesudu ACV dalam teh suam dan minum sebelum mengambil makanan yang berat.
Melegakan pedih ulu hati.
Bila anda merasakan pedih ulu hati, ambil sesudu ACV bersama sedikit madu.
Detoks untuk hati.
Untuk tujuan detoks, ambil 1-2 sudu ACV bersama segelas air panas dan minum sebaik sahaja anda bangun tidur pada waktu pagi. Makan makanan yang seimbang dan pastikan anda minum air yang cukup.
Merawat Jangkitan Kulat
Jika anda terkena kurap, sapukan sedikit ACV dengan menggunakan kapas di tempat jangkitan atau rendam dengan 1 sukatan ACV bersamaan 5 sukatan air selama 30 minit setiap hari.
Melegakan sunburn.
ACV boleh membantu melegakan dan menyejukkan kulit yang terkena sunburn disamping memulihkan pH kulit. Masukkan secawan atau 2 cawan ke dalam tub mandi anda dan berendamlah selama 10 minit.
Menyembuhkan lebam.
Untuk mengurangkan kesan lebam, panaskan secawan ACV dan campurkan sedikit garam laut. Tuam ke atas lebam tersebut setiap hari sehingga reda.
Meredakan Sinus
Minum campuran sesudu ACV bersama segelas air suam. Ia membantu menghilangkan mucus (hingus) dan hidung tersumbat.
Meredakan sakit perut.
Campurkan 2 sudu ACV, 1 sudu halia segar yang telah diparut/kisar, sesudu perahan lemon, segelas air dan tambahkan sedikit madu sebagai penambah perisa.
Menyembuhkan jangkitan yis.
Wanita yang mengambil antibiotik sering terkena jangkitan yis tetapi ia amat mudah disembuhkan. Masukkan 1 setengah cawan ACV didalam tub mandi yang berisi air panas suam dan berendamlah selama 20 minit.
Melegakan kekejangan.
Gosok sedikit ACV pada otot yang kejang untuk mengurangkan kesakitan.
Membantu menurunkan berat badan.
Ambil setengah sudu ACV bersama air setiap hari sebelum makan untuk membantu mengawal selera anda.
Melegakan Gout.
ACV dapat membantu melegakan keradangan. Ia boleh menguraikan asid urik yang berkumpul di sendi dan menyebabkan gout. Minum 2-3 sudu ACV bersama air, 2 atau 3 kali sehari. Untuk mengelakkan kerosakan enamel gigi anda, kumur mulut anda dengan air selepas anda meminum campuran tadi.
Memutihkan gigi.
Jangan terus menyapu ACV ke gigi anda kerana ia boleh merosakkan enamel gigi. Campur ACV bersama air dan kumur. Setelah itu jangan lupa membilas dan berkumur dengan air biasa pula.
Menghilangkan nafas berbau.
Nafas berbau adalah disebabkan oleh bakteria jahat yang berlegar-legar di dalam mulut anda. Campurkan sesudu ACV dengan secawan air dan kumur selama 10 minit. Setelah itu kumur dengan air biasa.
Mandian detoks.
Campurkan secawan garam Epsom bersama secawan ACV di dalam tub mandian anda. Jika anda tidak gemar dengan baunya, tambahkan 10 titis minyak lavender atau tea tree oil.
Sebagai racun rumpai.
Campurkan ACV dengan pencuci pinggan, air, garam dan/atau jus lemon dan jadikan sebagai racun rumpai.
Menghilangkan hama/kutu (binatang peliharaan seperti kucing).
Ubat hama komersil boleh menyebabkan ruam dan kulit kering. Masukkan ACV bersama air didalam bekas penyembur (spray bottle) dan semburkan di tempat tidur binatang peliharaan anda.
Menghalau lalat buah.
Untuk menghalau lalat yang menghinggap pada buah-buahan anda, letakkan sedikit ACV di dalam pinggan dan tambah sedikit sabun pencuci pinggan. Letakkan berhampiran buah anda dan lalat tidak akan datang menghinggap lagi.
Menghilangkan kesan 'pee marks' oleh binatang peliharaan anda (kucing).
Anda boleh menggunakan ACV untuk menghilang kesan bau kencing dari binatang peliharaan anda dengan membersihkan tempat tersebut dengan ACV. Ia juga dapat membantu agar binatang peliharaan anda tidak lagi kencing di tempat tersebut.
Photo credit : Google images
P/S : Sebenarnya banyak lagi kegunaan ACV. Ini sebahagian saja yang dapat aku tulis. Kalau korang nak tambah, boleh tambah di ruangan komen k!

Leave a Comment