Jangan Tuduh Saya!. Ayda Jebat Mengaku Terkilan.

http://kongxie.blogspot.com/

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulahlah tuah yang menyebelahi si pelakon cilik Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat apabila menang besar dalam Anugerah MeleTOP 2016 pada Ahad lepas. Selain merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP (wanita), beliau juga berjaya membawa pulang empat lagi anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP – Siapa Diriku, Pelakon MeleTOP dan Drama Meletop TV MeleTOP (M.A.ID).

Ramai mengatakan kemenangan beliau telah dijangka, tambahan pula ada suara-suara sumbang mengatakan kemenangan beliau adalah kerana statusnya sebagai duta Aura White yang juga penaja program berkenaan.

"Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan. Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya”

“Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain. Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa undian adalah kuasa peminat dan beliau tiada hak untuk menentang keputusan itu. Walaupun beliau terkilan dengan komen-komen negatif dilaman sosial yang dilemparkan terhadapnya, beliau berjanji akan akan terus berusaha membuktikan beliau layak menerima anugerah tersebut setanding dengan usaha dan kemampuan yang beliau tunjukkan. Semoga Ayda terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

BIODATA AYDA JEBAT :
  • Nama Sebenar : Nur Suhada Binti Jebat
  • Tarikh Lahir : 17 Mac 1992 (umur 23 tahun - 2015)
  • Tempat Lahir : Melaka
  • Nama Komersil : Ayda Jebat, Aida AF9
  • Pendidikan   : Diploma Seni Muzik (UiTM)
  • Pekerjaan     : Penyanyi, Pelakon, Model & Duta Produk
  • Profil Rasmi Intsgram : instagram/aydajebat
  • Drama: Cinta 200 Peratus, Anugerah Terindah, Aku Ada Wali, Ride (TV9), Cinta Antara Kita, Apam Lemak Manis, Geng Zul Teksi, Mira Sofea, Calon Menantu ,Epilog Cinta Khirana, Cintapucchino, LA SO FA ALOHA, Langit Ke 7,Anak Dara Mak Wok, Tiara, Harapan, Rindu Awak 200%, Isteri Separuh Masa, Suami Sebelah Rumah, Maid.
  •  Telemovie: D'Pantai, Melodi Sepi, Cer Citer Cinta, Diva
  •  Filem: Oh Mak Kau!, Cinta Antara Kita

Source : Roti Kaya

P/S : Takpelah Ayda kita memang tak boleh nak tutup mulut orang dan puaskan hati semua orang. Kalau dah rezeki awak, memang tak ke mana.Semoga terus positif dan berjaya dalam apa jua yang di ceburi k!.. peace..
Dikuasakan oleh Blogger.