Kakak Shiela Majid, Shahnaz Dapat Mutaah RM30 Juta

China Press reports the Syariah High Court yesterday (March 10) ordered Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, son of Sarawak governor Tan Sri Abdul Taib Mahmud, to pay a sum of RM30 million in muta'ah claims to his ex-wife Shahnaz A. Majid.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menganugerahkan Cik Shahnaz Abdul Majid RM30 juta ($10.1 juta) dalam tuntutan muta'ah (bayaran pendamai) yang difailkan beliau terhadap Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.

Hakim Muhammad Abdul Karim Wahab berkata, tuntutan RM100 juta yang diminta Cik Shahnaz adalah berlebihan, sambil mengatakan RM30 juta memadai kepadanya selepas ditinggalkan suami.

Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian antara Datuk Seri Mahmud dan Cik Shahnaz.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Murya.

Tuntutan RM100 juta sebagai bayaran pendamai oleh Cik Shahnaz, yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, menarik perhatian kerana ia dijangka mendedahkan kekayaan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Hakim Mohamad Abdul Karim juga mengarahkan bayaran itu dibuat melalui tiga peringkat iaitu RM10 juta setiap satu.

"Ini adalah jumlah yang wajar berdasarkan bukti dan dapat menghapuskan duka pihak isteri," katanya.

Sebelum ini Cik Shahnaz menuntut bayaran nafkah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.

Cik Shahnaz juga memfailkan tuntutan RM300 juta bagi harta sepencarian.

Bagaimanapun perbicaraan mengenai tuntutan itu belum bermula.

Satu lagi tuntutan Shahnaz bernilai RM121 juga sebagai nafkah membesarkan anak mereka ditolak Mahkamah Rayuan Syariah. ~Berita Harian

Dikuasakan oleh Blogger.