Benarkah Nabi Yusuf lelaki yang terkacak di dunia?


Sedari kecil kita telah diajar dan mendengar cerita dari orang-orang tua bahawa Nabi Yusuf a.s adalah lelaki terkacak, tertampan @ terhandsome yang pernah Allah SWT ciptakan. Namun sejak zaman internet ini, banyak pula artikel-artikel dari penulis-penulis @ pemikir yang mempertikaikan tentang adakah benar Nabi Yusof adalah yang terkacak.

Ulama-ulama juga mempunyai pandangan berbeza tentang perkara ini.

Ada pendapat yang mengatakan Nabi Yusuf yang terkacak kerana Allah SWT ada menceritakan tentang kisah kekacakan Nabi Yusof di dalam Al-Quran.

Ada pula pendapat yang mengatakan Nabi Muhammad SAW lah yang paling kacak kerana Nabi Muhammad adalah kekasih Allah dan dikatakan sebagai manusia paling sempurna di dunia.

Ada pula pendapat yang mengatakan Nabi Adam As lah yang paling tampan dan kacak di dunia kerana Nabi Adam adalah manusia pertama dan dicipta dari tangan Allah SAW sendiri.

Dalam surah Shaad ayat 75, Allah SWT berfirman bahwa, "Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua Tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?"

Nabi Yusof dikatakan sebagai lelaki yang sangat-sangat tampan. Allah sendiri yang menceritakan perihal Nabi Yusuf di dalam Al Quran di dalam Surah Yusuf tentang isteri tuannya bernama Zulaikha yang tergila-gilakan Nabi Yusuf sehingga Zulaikha menggoda Nabi Yusuf namun gagal kerana Nabi Yusuf mempunyai tahap keimanan yang sangat kuat. Nabi Yusuf bahkan lebih sanggup dipenjara dari berbuat perkara yang keji itu.


Zulaikha yang malu telah membuat majlis dan menjemput perempuan-perempuan yang mencaci dan mengatanya.

Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."
(Yusuf 12:30)

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Maha sempurna Allah! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"
(Yusuf 12:31)

Terlalu kacaknya Nabi Yusuf sehingga wanita-wanita itu mengatakan bahawa Nabi Yusuf bukanlah manusia tetapi jelmaan malaikat.

Hadis Rasulullah tentang Nabi Yusuf:
(Nabi Muhammad pernah bertemu dengan Nabi Yusuf di langit ketiga di Malam Isra Mikraj. )

Di sana saya bertemu Yusuf  alaihis shalatu was salam, ternyata beliau diberi setengah ketampanan. (HR. Muslim 429).

Hadis inilah yang mencetuskan perdebatan di kalangan ulama kerana hadis itu cukup sampai di situ. Tidak dijelaskan separuh dari ketampanan siapa. Terdapat 2 pendapat mengenai hadis itu iaitu :

1. Ketampanan Nabi Yusuf merupakan setengah dari ketampanan Nabi Muhammad
Ternyata lelaki paling tampan di dunia bukan Nabi Yusuf, jika dikaji lebih jauh lagi maksudnya adalah ketampanan Nabi Yusuf hanyalah setengah dari ketampanan yang telah diberikan Allah kepada seluruh umat manusia. Namun menurut para sahabat Nabi Muhammad, Rasulullah memiliki ketampanan yang tidak dapat digambarkan hingga setiap orang yang berada didekat beliau akan terlihat lebih tampan dari biasanya, jadi dapat disimpulkan bahawa ketampanan Rasulullah tidak hanya bermanfaat untuk dirinya saja melainkan dapat membawa kebaikan bagi orang disekitarnya. Jadi banyak orang yang berpendapat bahwa ketampanan Nabi Yusuf hanyalah setengah dari ketampanan Nabi Muhammad, namun pendapat ini tidak memiliki bukti kuat sehingga kebenarannya masih diragukan.

2. Ketampanan Nabi Yusuf setengah dari ketampanan Nabi Adam
Pendapat yang paling kuat selanjutnya adalah ketampanan Nabi Yusuf hanyalah setengah dari ketampanan Nabi Adam. Mengapa demikian? Nabi Adam merupakan manusia pertama yang diciptakan Allah dengan sesuatu yang paling baik dari lainnya, selain itu beliau merupakan penghuni syurga yang telah diturunkan ke bumi. Dalam Al-Qur’an dan Hadits telah dijelaskan bagaimana indahnya isi syurga dan juga betapa indahnya penghuninya seperti para bidadari, keindahan isi syurga ini tidak dapat dilihat oleh para penghuni bumi, jadi dapat disimpulkan bahwa orang yang memiliki ketampanan diatas Nabi Yusuf adalah Nabi Adam. Pendapat kedua ini mendapat banyak dukungan karena penjelasannya lebih masuk akal. Selain itu dalam Hadits Nabi juga telah dijelaskan bahwa Nabi Adam memiliki ketampanan wajah sama dengan wajahNya, sehingga dapat disimpulkan bahwa laki-laki paling tampan di dunia ini adalah Nabi Adam bukan Nabi Yusuf. ( sumber )

Di antara dalil yang mendukung pendapat ini adalah hadits dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, " Allah menciptakan Adam dengan rupa sama seperti wajahNya." (HR. Bukhari 6227 & Muslim 2841)

Dalam riwayat lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, " Apabila kalian menghukum orang lain, jauhi wajah. Karena Allah menciptakan Adam dengan rupa seperti wajahNya." (HR. Muslim 2612)

Kita tidak membahas makna kalimat ‘seperti wajahNya’, yang jelas hadits ini menunjukkan betapa wajah Nabi Adam `alaihis Salam adalah wajah yang indah.


Berikut ada beberapa hadis yang menceritakan tentang susuk tubuh dan wajah Rasulullah pula. Rasulullah dikatakan manusia yang paling sempurna bukan sahaja kerana paras rupa tapi merangkumi segala termasuklah tingkah laku, perwatakan, fizikal dan akhlaknya.

Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.  Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun.  Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)

Hadith 3:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus.  Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus.  Warna kulit Baginda putih kemerahan.  Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.”

(HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)

Hadith 4:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang).  Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya.  Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”

(HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Hadith 5:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah.  Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya.  Kedua-dua belah bahu Baginda bidang.  Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.”

(HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Hadith 6:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut.  Kepalanya besar, tulang sendi besar.  Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya.  Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi.  Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 7:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek.  Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya.  Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun.  Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan.  Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.  Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.  Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).  Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi.  Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah.  Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.  Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya.  Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya.  Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 8:

Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah).  Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah.  Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda.  Inilah yang dikisahkan oleh Hind:

“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa.  Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.  Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi.  Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).

Rambutnya beralun.  Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua.  Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu.  Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga).  Warna kulitnya putih kemerah-merahan.

Dahinya luas.  Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah.  Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah.  Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).

Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar.  Giginya agak jarang, namun teratur rapi.  Bulu dadanya halus.  Lehernya indah, tegak dan kuat.

Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata.  Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar.  bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.

Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.  Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih.  Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.

Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar.  Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah.  Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.

Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan.  Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`.  Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.

Pandangan matanya terarah ke bawah.  Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya.  Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”

(HR at-Tirmidzi)

Wallahualam. Tidak terbayang bagaimana indahnya rupa dan fikizal ketiga-tiga nabi yang disebut di atas ini. Keindahan Nabi Yusuf sehingga Allah SWT ceritakan sendiri di dalam Al-Quran. Rasulullah pula menurut hadis, sesiapa yang duduk di sebelah pun boleh kelihatan kacak dari biasa dan bapa kita Nabi Adam pula adalah dari ciptaan terus Allah SWT.  Allahu Akbar. Subhanallah.

Apa pendapat korang?

Sumber hadis : muzir.wordpress.com
Photo teratas : Omar Borkan Al-Gala
Photo kedua  : Gilles Chevalier

Dikuasakan oleh Blogger.